sekecil manapun ilmu di dada
ia tetap permata milik Allah
lebih mahal dari wang dan harta
banyak manapun diberi kepada orang
hakikat ilmu itu tidak pernah berkurang
sebaliknya kian laba dan berganda
tidak demikian sifat wang dan harta
makin dibelanjakan makin susut
hakikat ilmu itu pusaka para Nabi
keberkatannya memanjang ke akhirat
tidak demikian sifat wang dan harta
kekayaannya warisan Qarun dan Firaun
ilmu bak khadam sentiasa berkhidmat
pengawal sentiasa berjaga-jaga
beruntunglah sesiapa yang memilikinya
wang dan harta umpama sang raja
setiap saat keselamatannya perlu di jaga
berkorbanlah jadi hamba sepanjang hayat
jika mahu memilikinya.....
No comments:
Post a Comment