Hafsah binti Umar Al-Khattab iaitu puteri kepada khalifah yang kedua. Ayahanda beliau ingin menikahkan puteri kesayangan tersebut. Pada mulanya Saidina Umar pergi berjumpa dengan Saidina Usman dan bertanya sama ada beliau sudi menikahi Hafsah. Usman menolak kerana isterinya baru sahaja meninggal dan beliau belum mahu kahwin lagi.
Saidina Umar pergi pula bertemu Saidina Abu Bakar dan bertanyakan hal yang sama. Abu Bakar turut menjawab bahawa beliau tidak layak untuk Hafsah.
Akhirnya Saidina Umar pergi mengadu kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang Usman dan Abu Bakar tidak mahu memperisterikan puterinya. Nabi berkata bahawa puterinya itu akan bernikah begitu juga dengan Usman akan bernikah lagi.
Akhirnya Hafsah binti Umar bernikah dengan Rasulullah S.A.W manakala Usman pula bernikah dengan puteri Rasulullah sendiri iaitu Umi Kalthum.
No comments:
Post a Comment