welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Thursday, November 17, 2011

SABDA RASULULLAH S.A.W

7 AMALAN YANG TERUS MEMBERI PAHALA KEPADA HAMBA DI DALAM KUBURNYA:

  • Mengajar ilmu agama
  • Mengalirkan sungai
  • Menggali perigi
  • Menanam pohon buah-buahan
  • Membangunkan masjid
  • Mewariskan Al-Quran
  • Meninggalkan anak yg soleh yang sentiasa berdoa untuknya


IBU EMPAT PERKARA
  • Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan
  • Ibu dari semua adab adalah sedikit bercakap
  • Ibu dari seluruh ibadat adalah takut berbuat dosa
  • Ibu dari segenap cita-cita adalah sifat sabar


EMPAT PERKARA YANG DIPANDANG BAIK DAN LEBIH BAIK
  • Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi sifat malu dari perempuan adalah lebih baik
  • Keadilan bagi setiap orang adalah baik, tetapi keadilan dari pemimpin adalah lebih baik
  • Taubat bagi orang tua adalah baik, tetapi taubat dari orang muda lebih baik
  • Bersedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi sedekah dari fakir adalah lebih baik

BERJANJILAH KEPADAKU BAHAWA KAMU AKAN MELAKUKAN ENAM PERKARA, NANTI AKU JANJIKAN KAMU SYURGA
  • Apabila bercerita, kamu berkata benar
  • Apabila kamu berjanji, hendaklah kamu tepati
  • Apabila kamu diamanahkan, kamu laksanakan
  • Tunduk (peliharalah) pandanganmu dari memandang yang haram
  • Pelihara kehormatanmu
  • Tahanilah tangan (dari menyakiti orang)

PERKARA YANG MERINGANKAN TIMBANGAN AMAL
  • Belajar ilmu keduniaan lebih dari ilmu Allah
  • Kotor dalam perkataan dan perbuatan
  • Membebel ke atas rezeki yang sedikit
  • Tidak pernah redha dengan rezeki yang didatangkan Allah
  • Berkata dengan perkataan yang sia-sia
  • Bermewah hidup didunia
  • Tidak pernah memuji Allah
  • Banyak mengeluarkan harta ke jalan yang haram

1 comment:

CikSembang said...

salam perkenalan jugak.. insyaAllah nanti saya link kan
thanks datang blog akk