welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Tuesday, February 28, 2012

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah

Assalamualaikum.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah...selalu sgt dgr ayat ni sejak zaman belajar dulu lg..kalau masa belajar, kena susah utk baca buku, study n exam semua, baru lah sng masa jwb exam kot..dah lulus exam, sng pulak nk apply masuk U n begitu la seterusnya..

Di alam kehidupan ni (masih belajar jgk sebenarnya) senang atau susah pulak bergabtung pd apa yg kita kena lalui. contohnya kerja bg yg mkn gaji atau yg sdg kerja sndiri. kena buat kerja betul2, buat presentation dpn bos la, kena outstation la, kalo keje gomen nk nek pgkt kene gi exam jgk, kursus lg..pendek kata kena bersusah2 dahulu baru bersenang2 kemudian.

Dalam konteks tajuk yg sy bincangkan ini cewah...sy yg baru berjinak2 dgn alam perniagaan ini mmg sgt merasa susahnya utk senang. mula2 tgk org buat mcm sng je kan, tp dah terjun baru tau cetek ke dlm lautan perniagaan yg luas ini.. antara kesusahan2 yg perlu di hadapi di awal2 ini ialah:

1. cari supplier
2. jual produk yg digemari pelanggan
3.marketing termasuk mengiklankn produk serta tapak (blog n facebook)
4.menarik minat org utk beli produk kita..oleh itu sy rasa produk seharusnya berbeza2 dgn peniaga yg lain.
5. tiba2 rasa jual secara terus (offline) sbnrnya lg senang

hehe..tp sy x mahu menyerah. saya x mahu putus asa..agi idup agi ngelaban. sy dh terjun dalam laut ni sy akan berenang smpai ke pulau yg paling indah..tak pun ke taman coral..(merapu je ni) sy x mau menoleh ke belakang lg, x mau fikir negatif. bak kata saudara irfan khairi, jgn sabotaj diri sendiri...belum apa2 dah ckp takut, tak boleh, tak mahu, tak berjaya so on... NO NO NO!!!!

teringat dlm wanita hari ini, di Amerika, kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 2 tahun masa yg perlu diambil utk mengukuhkan perniagaan. 2 tahun yg pertama mmg berisiko besar utk lingkup. so kena maintain.. walau ribut n taufan melanda kena pandai kemudi layarnya ok.

Sy bertekad jugak nak kekal sampai 2 thn..lps tu kita tgk apa yg berlaku yer..jeng3...hahaha...surprise la pulok!! apepun bisness kena bertahan. ikut rahsia berbisness org cina, diorg x fikir utg besar sgt, sikit pun jd la asalkan berterusan. sbb tu org cina kaya raya hidup mewah. (jgn fikir kerja2 sampingan yg HARAM tu pulok yer) positif!positif! baik sangka!

teringat pulak ada satu post yg sy baca dr pengerusi Jcorp (wah nak berjaya kena la ikut n baca tentang org berjaya tak gitu??) dia cerita zaman dulu org cina india hidup susah. keje kumpul besi buruk la bertani la..tapi diorg simpan sikit2, guna sikit..so kalau dulu cari besi buruk, skrg dah jd tokey kilang besi..entah2 siap import export besi lg...yg jual sayur skrg maybe ada ladang sayur terbesar di lereng2 bukit ker n eksport pulak ke luar negara...org Melayu pun ramai jugak yg berjaya cuma tak byk di pertontonkan agaknye..entah la..

ada 1 lg yg saya baca...org Islam di malaysia ni x mau ambil peluang jual pakaian2 wanita espeselly muslimah. yg byk jual mende gitu sape??? cina jugak..ada cina yg bukak kilang jahit n jual pakain muslimah mcm jubah n sbgainya. bukan la nk bias..sekadar nk kmbgkan minda yg terkatup tu..bukak mata luas2 peluang n kejayaan menanti di hadapan kita... caiyok3!!!!

p/s: seperti biasa jom melawat ke kedai online saya.. www.butik-annajah.blogspot.com jgn lupa singgah beli barang disitu ok. ;))

Thursday, February 16, 2012

Memulakan Perniagaan Online

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim..

dah lama x update blog.. x sempat..byk mende yg berlaku...sy dah dpt kerja!!! bukan kerja dgn org, bukan mkn gaji.. keje duk kat rumah jer.. :)) saya kini bisneswumen! hehe..mcm best je dgr kan??

baru nak berjinak2 dgn bisnes online ni..satu pglmn baru yg agak best jugak walaupun masuk hari baru 3 hari je bisness sy bergerak..hihi..kira okla kan..dalm masa sebulan harap2 dekat 100 like dkt page lps tu, dekat 100 org jugak la yg order brg..amin ya rabbal alamin..Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga.

saya rasa ramai yg masih tertanya2 n ragu2 lagi untuk memulakan perniagaan online ni..terutamanya permaisuri rumah mcm saya ni. saya ada sikit tips yg saya nak kongsikan. sedikit sebanyak mungkin membantu kwn2 surirumah yg lain.

1. mula fikirkan apakah jenis perniagaan yg anda hendak buat. jika anda ada kemahiran khusus contohnya menjahit, memasak, membuat akaun maka kemahiran anda tu boleh digunakan untuk mencari wang tambahan. jika tak ada apa2 kemahiran (mcm saya) mula fikirkan apakah produk yg ingin anda tawarkan. kalau rajin wat sikit research kt intenet, produk apa yg byk dijual n produk apa yg lebih terjual. terpulang pada anda samada nak jual brg yg dah ramai org jual atau nk tawarkan produk yg jarang2 dijual.

2. modal. ini mmg masalah besar kalau nak memulakan perniagaan. permaisuri rumah mcm saya mmg penin kalau fikirkan modal. gaji suami dah la tak besar mana. fikir punya fikir saya pun pinjam dkt mak. tak byk. sy mulakan dgn RM 1k je dulu...kalau anda betul2 serius dgn bisnes ni, boleh juga buat pinjaman dgn TEKUN. saya pun berniat utk meminjam TEKUN sikit masa lg untuk tambah koleksi barang.

3. dimana nak dptkan barang? barang yg dibeli terus dr pemborong lebih murah. pastikan anda tahu dimana nak cari kedai yg menjual brg2 secara borong. tak kisahla asalkan barangnya berkualiti. sy ingatkan, jika anda hendak membeli secara borong di internet, pastikan anda telah membuat perbandingan harga dgn byk kedai dan pilihlah yg menawarkan harga paling rendah.

4. sign up akaun di facebook. kalau dh ada lg senang. semua kwn2 anda adalah prospek anda. jgn cicirkan seorang pun. kemudian create page supaya bukan kwn2 anda juga boleh like n update dgn brg2 anda.

5. laman web. bagus jika anda boleh buat laman web sendiri ataupun lebih senang menggunakan blog yg dah tersedia.

setakat ini itu je yg saya boleh kongsikan. anda mesti cuba dahulu barulah anda tahu apa yg hendak anda lakukan. selamat maju jaya!!

p/s: jom tengok blog ni Butik AnNajah . anda pun boleh dptkan barang dgn harga borong disini.. lets check it out!!!