welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Saturday, December 31, 2011

Salahkah jadi SURIRUMAH?

Sejak akhir-akhir ni selalu terfikir, apa salah ke jadi suri rumah? Memanglah pelik, org lain berebut-rebut cari kerja, mahu gaji besar2, mahu jawatan tinggi2, mahu melancong luar negara, tiba2 kita nak jadi suri rumah? Pelik sgt ke? termanggu-manggu tiada jawapan.


Saya menghabiskan masa di rumah dengan memasak, melayani kerenah anak2 dan melayan internet, (^_^). sy punya banyak masa membaca buku. saya boleh keluar berjalan2 bila2 masa pun bersama suami. Keterbatasan hanyalah dr segi kewangan. Tapi sy tidak berbelanja besar pun. sy tidak bermewah2, sy tidak membazir. apa yg ada adalah kecukupan buat kami sekeluarga. Terima kasih Allah.


Sekarang, saya nak senaraikan kelebihan menjadi suri rumah.
1. tidak perlu menghantar anak2 ke pengasuh atau taska. anak2 selamat dirumah di bawah jagaan saya.
2. tidak perlu mengeluarkan belanja utk anak di taska.jimat
3. saya memasak utk anak n suami. pahala.kasih sayang.
4. saya mendidik sendiri anak2 saya, memantau perkembangan mereka, melihat sndiri kesilapan n menegur mereka. kasih sayang. pahala.
5. saya boleh melakukan ibadat2 sunat InsyaAllah. pahala.
6. saya selamat dari fitnah n gangguan.
7. saya boleh mengurangkan dosa2 seperti mengumpat
8. saya tidak stress kerana mengikut arahan bos
9. saya tidak stress krn rasa tidak puas hati dgn org lain
10. saya berpeluang menambah ilmu menerusi pembacaan, ceramah n tazkirah
11. sy boleh berinteraksi juga dgn kwn2, bertukar2 pendapat menerusi internet
12. ada masa mendidik hati, mendidik diri dan bermuhasabah diri menjadi lebih baik.insyaAllah.




Rasulullah bersabda," mana-mana perempuan yg berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka."


Rasulullah bersabda," Akrabilah anak-anakmu dan didilah akhlak mereka,"


Allah S.W.T berfirman, "Dan hendaklah kamu tetap diam dirumah kamu, serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yg dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu..." (Surah Al-Ahzab:Ayat 33)


Kata-kata oleh Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni yang harus di hayati: 


Engkau akan mendapatkan kebahagiaan di dalam rumahmu.
Jagalah kemuliaanmu, ketenanganmu dan kesantunanmu dari gangguan perosak.
Sesungguhnya wanita murahan adalah wanita yang sering keluar ke pasar tanpa ada kepentingan.
Mereka bertujuan agar  tidak ketinggalan zaman dan mengikut trend.
Mereka memasuki pusat2 perbelanjaan serta mencari sesuatu yg aneh yg sama sekali tidak ada hubungannya dgn kepentingan agama, tidak sejalan dengan risalah dakwah, dan tidak berhubungan dengan ilmu, pengetahuan dan kebudayaan.
Ia hanya berfoya-foya dan bergaya hidup berlebihan dan yang diperhatikannya hanyalah makanan dan pakaian.
Maka berhati-hatilah ketika meninggalkan rumah, sebab ia merupakan tempat tinggal yang menyenangkan, tempat yg penuh keamanan dan ketenangan.
Ia adalah gua kenyamanan dan Kaabah yg aman bg manusia.
Maka jadikanlah rumah anda tempat menyemai cinta dan titik tolak dalam memberikan anugerah sedekah dan keberkatan.


Berbanggalah menjadi surirumah!!

Thursday, December 29, 2011

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
**baca lanjut di www.zaharuddin.net

Friday, December 23, 2011

untuk yang bernama LELAKI!!!


Seorang lelaki memberi pengaruh yang sangat besar kpd seorang wanita, begitu juga sebaliknya. Jika tidak masakan ada anak dara yang lari dari rumah gara-gara mengikut kata-kata kekasih. Tidak ada pulalah lelaki yang kehabisan wang ringgit gara-gara membayar utk girlfriend yg shopping bagai lupa dunia.

Lelaki barangkali memang tidak boleh hidup tanpa wanita. tp pelik juga jika ada lelaki yg sanggup membujang sampai ke tua akibat kecewa bercinta. Lelaki yg sudah menduda pula akan cepat saja mencari pengganti kadang-kadang hingga lupa kubur isteri masih merah basah.

Apa yang saya nak kongsikan di sini bukanlah tentang sebesar mana pengaruh lelaki terhadap wanita atau sebesar mana pula pengaruh wanita terhadap lelaki. Semuanya Allah jadikan untuk melengkapkan antara satu sama lain. Saling mencintai, saling menyayangi dan saling memberi untuk hidup aman dan tenteram hingga ke syurga.

Apa yang saya ingin kongsikan ialah betapa lelaki itu perlunya menjadi penasihat kepada wanita. Jika dilihat senario zaman skrg, ramai isteri mengabaikan perintah Allah terutamanya dalam soal menutup aurat. Saya ambil soal menutup aurat kerana ia perkara paling basic dalam Islam. Jika susah mengajar anak kecil solat, ia tidaklah sesusah mengajar mereka bertudung. Bertudung itu sangat mudah.


 Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59: 

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


Jika diteliti ayat di atas, Allah memerintahkan Nabi yakni seorang lelaki untuk menyuruh wanita iaitu isteri2, anak2 dan wanita lainnya untuk menutup aurat. Allah tidak menyebut secara direct kepada wanita tetapi Allah  menyuruh seorang lelaki.

Begitu juga banyak hadis-hadis Nabi yang berpesan kepada kaum lelaki supaya menjaga dan menasihati wanita antaranya

Rasulullah S.A.W bersabda, "Dan terimalah pesanku untuk berbuat kebajikan kepada wanita-wanita kerana mereka itu dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok iaitu yang paling atas. Jika kamu hendak luruskan nescaya kamu patahkan ia, jika kamu biarkan ia tetaplah dalam keadaan bengkok kerana itu terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada wanita."

Rasulullah S.A.W bersabda, "Bertakwalah kepada Allah berkenaan dengan wanita. Sesungguhnya kamu mengahwini mereka atas amanah Allah dan di halalkan anggota sulit mereka dengan nama Allah. Kamu mempunyai hak ke atas mereka supaya tidak melayan sesiapa juga ditempat tidur kamu kerana ini tidak kamu sukai. Jika mereka berbuat demikian, pukullah mereka tanpa melukakan. Mereka mempunyai hak ke atas kamu berkenaan makan minum dan pakaian mereka menurut kemampuan."


Lelaki harus faham bahawa sememangnya mereka itu diciptakan untuk memimpin. Jika tidak mampu memimpin masyarakat sekurang-kurangnya pimpinlah isi rumah sendiri iaitu isteri dan anak-anak. Jika lelaki hanya membiarkan isteri berbuat dosa tidakkah terasa dayus atau paling kurang malu...memetik kata-kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, "lelaki yang NORMAL akan suka jika isterinya memakai tudung". maka tidak mahukah kamu lelaki2 menjadi normal?? Ya..banyak lelaki yang sudah tidak normal skrg, bukan hanya tidak menegur kesilapan isteri malah lebih malang menggalakkan lg isteri untuk tidak menutup aurat, melarang isteri solat..(nauzubillah) dan segala bagai lagi kemurkaan terhadap perintah Allah.

Apa agaknya perasaan seorang lelaki jika ada lelaki lain memandang kecantikan isterinya hingga tidak berkelip mata? di mana rasa cemburumu wahai lelaki? saya tak rasa ada suami yang bangga..(jika ada suami bangga dunia mmg dah nak terbalik!) wanita yang Allah halalkan hanya untuk kamu, yg hanya kamu seorang yg boleh melihat dan meneroka kecantikannya, bagaimana boleh sanggup membiarkan lelaki lain menelanjangkan kecantikan isterimu sendiri??sungguh saya tak faham..pada saya lelaki mcm ni mmg tak boleh dibuat suami!! maaf lah..

Maka sesiapa yang bernama lelaki..tidak kiralah kamu seorang suami, seorang ayah, seorang abang, seorang adik, seorang anak, malah seorang datuk sekali pun, nasihatilah wanita2 kamu...jangan biarkan mereka menjadi penghuni neraka yang mana bahan bakarnya adalah wanita yg lebih tepat lagi mungkin isteri kamu, mungkin anak kamu, mungkin adik kamu, mungkin kakak kamu, mungkin ibu kamu, atau mungkin cucu kamu...dan jangan lupa bahawa kamu juga akan dipersoalkan tentang orang2 di bawah kamu kelak.

Tuesday, December 20, 2011

ILMU VS HARTA

sekecil manapun ilmu di dada
ia tetap permata milik Allah
lebih mahal dari wang dan harta


banyak manapun diberi kepada orang
hakikat ilmu itu tidak pernah berkurang
sebaliknya kian laba dan berganda


tidak demikian sifat wang dan harta
makin dibelanjakan makin susut


hakikat ilmu itu pusaka para Nabi
keberkatannya memanjang ke akhirat


tidak demikian sifat wang dan harta
kekayaannya warisan Qarun dan Firaun


ilmu bak khadam sentiasa berkhidmat
pengawal sentiasa berjaga-jaga
beruntunglah sesiapa yang memilikinya


wang dan harta umpama sang raja
setiap saat keselamatannya perlu di jaga
berkorbanlah jadi hamba sepanjang hayat
jika mahu memilikinya.....

Darihal MARAH

Antara maksud hadis Nabi S.A.W ialah:



  • Marah itu membinasakan iman sepeti jadam membinasakan air madu
  • Tidaklah marah seseorang itu melainkan ia hampir dengan neraka jahannam
  • Bahawa marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api. Api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. jika kamu marah hendaklah mengambil wuduk
  • Tidaklah kuat itu dengan banyaknya bekerja. Sesungguhnya orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah
  • Barangsiapa menahan marah dan ia sanggup melaksanakannya, nescaya ia dipanggil oleh Allah di hadapan ramai manusia dan disuruh memilih di antara bidadari yang dikehendakinya
  • Barangsiapa menahan marahnya, nescaya Allah menutup keaibannya
  • Dua orang yang maki-memaki adalah dua syaitan yang maki-memaki
  • Kepala kedunguan itu marah, panglima kedunguan itu juga marah

Kecantikkan Seorang Lelaki dan Kegagahan Seorang Wanita

Kecantikan seorang lelaki
Bukan pada rupa fizikal
Tetapi pada murni rohani


Lelaki yang cantik
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata keinsafan
Adalah lelaki yang sedia menerima teguran
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
Adalah lelaki yang tenang dan berlapang dada
Adalah lelaki yang baik sangka, dan tidak pernah putus asa


Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan batin
Keseluruhan kecantikkan yang ada
pada Muhammad yang ummi
Adalah kecantikkan sempurna seorang lelaki


Kegagahan seorang wanita
Bukan pada pejal otot badan
Tetapi pada kekuatan perasaan seorang perempuan


Perempuan yang gagah
Adalah perempuan yang tahan, menerima sebuah kehilangan
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
Adalah perempuan yang tabah, menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta, untuk dipenuhkan segala keinginan


Kegagahan seorang perempuan,
berdiri diatas keteguhan iman
Keseluruhan kegagahan yang ada, pada Khadijah yang ehsan
Adalah kegagahan sempurna seorang perempuan


Kecantikkan seorang lelaki, mendorong perempuan menjadi gagah
Kegagahan seorang perempuan, menjadikan lelaki cantik menangis kerinduan

Saturday, December 17, 2011

Halangan Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu Dan Cara Mengatasinya


Menyusukan bayi adalah momen terindah dalam diri bagi setiap wanita yang mempunyai cahaya mata. Saya percaya ramai wanita diluar sana berkeinginan untuk menyusukan bayinya secara eksklusif namun ada halangan yang mungkin timbul disebabkan faktor sekeliling. Di bawah ini saya senaraikan halangan-halangan yang mungkin timbul dalam proses anda cuba untuk menyusukan beserta kaedah mengatasinya.

Halangan 1: Ibu atau ibu mertua
Tidak dapat dinafikan kadangkala apa yang kita mahukan bercanggah dengan kemahuan ibu atau ibu mertua kita. Mereka mungkin memikirkan kesan jangka pendek contohnya jika kita menyusukan bayi akan menyukarkan kita untuk meninggalkan bayi jika ingin bekerja. Ibu atau ibu mertua kita mungkin tidak mengetahui kelebihan-kelebihan menyusukan bayi di sebabkan tidak ada atau kurangnya ilmu berkenaan dengan kepentingan menyusukan bayi.

Cara mengatasi: Terangkan kepada mereka apakah kebaikan-kebaikan yang anda dan bayi peroleh samada dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Ibu-ibu mungkin kurang faham jadi berikan contoh yang sesuai. Tunjukkan juga kesungguhan anda contohnya anda telah membeli peralatan memerah susu bagi ibu2 yg bekerja.

Halangan 2: Suami yang tidak menyokong
Ada juga dikalangan bapa yang tidak menyukai jika isterinya menyusukan bayi secara eksklusif kerana mungkin menyukarkannya jika bayi itu ditinggalkan bersamanya manakala si ibu pula pergi bekerja.

Cara mengatasi: Seperti diatas, terangkan kebaikan susu ibu untuk anak, sediakan peralatan atau susu ibu yg sudah disimpan ke dalam botol supaya senang bagi suami untuk menyusukan bayi mereka pula. Susunkan didalam peti ais atau labelkan botol jika perlu. Terangkan bahawa itu semua adalah penting untuk kebaikan anak.

Halangan 3: Ibu berkerjaya
Menjadi lumrah ibu-ibu moden yang bekerja sekarang untuk menyusukan bayi dengan susu formula. Mereka jadi malas untuk menyusukan bayi kerana kekangan masa yg terpaksa diperuntukkan bersama bayi sedangkan kerja lebih penting.

Cara mengatasi: Tanamkan sifat kasihan melihat bayi jika diberi susu formula sedangkan bayi-bayi lain mendapat nikmat dan kebaikan susu ibu mereka sendiri. Ibu perlu tahu bahawa jika menyusukan sendiri bayi, ikatan antara anda dan bayi lebih kuat kerana jalinan kasih sayang telah terbentuk sejak dari dalam rahim lg.
Bayi anda akan lebih mesra walaupun anda meninggalkannya di pusat asuhan. Carilah masa yang sesuai untuk memerah susu iaitu dalam masa 3 jam sekali. Minta bos anda untuk menyediakan bilik khas walaupun kecil untuk anda memerah susu. Dengan peralatan memerah yg banyak terdapat di pasaran, anda tidak perlu memberikan alasan lagi untuk tidak mahu menyusukan bayi dengan susu ibu.

Halangan 3: Susu ibu berkurang dengan cepat
Ada juga ibu2 yg mempunyai keinginan kuat untuk menyusukan bayi namun susu yang dihasilkan pula semakin kurang.

Cara mengatasi : Cubalah sedaya upaya mencari alternatif untuk menambah susu ibu dan meningkatkan penghasilannya. Di bawah ini adalah contoh makanan dan apa yang perlu anda amalkan untuk menambah susu.

  • Habbatus sauda
  • Lobak merah atau lobak putih
  • Susu soya
  • Buah kurma
  • Halba
  • Baca surah Al-Baqarah ayat 60
  • Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali sehari pada waktu malam dan subuh. Boleh juga di hembus ke dalam gelas lalu diminum.
Apa yang penting adalah keazaman kita untuk menyusukan bayi. Timbulkan rasa cemburu melihat ibu-ibu lain mampu memberi makanan terbaik untuk bayi, dan anda pula ingin melakukan yang sama. Pedulikan apa jua kata-kata negatif orang di sekeliling anda. Yakin boleh. Setelah berusaha sedaya upaya, berserahlah pada Allah dan berdoa agar kita mampu menyusukan bayi sehingga sekurang-kurangnya dua tahun. InsyaAllah.

Friday, December 16, 2011

HIKMAH TERSEMBUNYI DISEBALIK MENYUSUKAN BAYI


Umum mengetahui susu ibu adalah susu terbaik yang mengandungi lebih daripada 400 zat yg tidak ada dalam mana-mana susu formula pun. Ibu-ibu digalakkan menyusukan bayi seawal dua jam pertama selepas kelahiran kerana ia boleh menghalang daripada terjadinya pendarahan yg menjadi penyebab kematian materniti utama di dunia.

Wanita yang menyusukan juga dapat mencegah terjadinya kehamilan sebanyak 98% hingga 99% pada tempoh 6 bulan pertama selepas kehamilan jika mereka menyusukan bayi secara eksklusif.

Penyusuan bayi juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser ovari, dan endometrial yang dipengaruhi ketidakstabilan hormon estrogen serta juga dapat mengawal kolesterol.

Mungkin kita tertanya-tanya kenapa perlunya menyusukan bayi sejak awal kelahiran. Islam juga menggalakkan ibu-ibu menyusukan bayinya sehingga berusia dua tahun. Ini sebenarnya penting untuk membina IQ anak yang sihat kerana banyak pembelajaran yg akan dia pelajari pada usia sehingga dua tahun ini.

Anak lebih fokus:
Semasa bayi menyusu, ia sedang berinteraksi dengan ibunya, dapat memfokus dan memproses pemerhatian dengan lebih cekap.Pada masa ini otaknya sedang membesar.

Kajian juga menunjukkan pada jangka masa dua tahun ini, konsep kendiri mula terbentuk. Dari psikologi, antara umur 7 bulan hingga 30 bulan, adalah masanya pembentukan ikatan yang sebenar antara anak dengan ibunya. Anak merasa yakin apabila ibunya berdekatan dengannya, walaupun di tempat yg asing atau ada orang lain disitu. Bayi akan tertekan jika ibu pergi dari dirinya dan akan mendapatkan ibunya kembali. Jika wujudnya ikatan sebenar, anak akan lebih cekap dan bebas dan jika tiada, mungkin akan memberi kesan buruk terhadap perkembangan sosialnya.

Anak lebih berasa di sayangi:
Menurut ajaran Islam, bayi perlu diberikan kasih sayang melalui keintimannya dengan ibu. Kajian mendapati hormon kortisol dalam bayi yang terpisah dengan ibunya walaupun sebentar akan bertambah. Apabila kortisol bertambah, maka daya tahan tubuh menurun.

Kajian juga mendapati hormon kortisol tidak bertambah sekiranya bayi menangis dalam pelukan ibu atau pengasuh yang menyayanginya. Ini kerana bayi merasa selamat dan memperoleh kasih sayang dari orang yg paling rapat dengannya.

Anak lebih taat dan mendengar kata:
Apabila menyusukan bayi, ikatan atau bonding yang terhasil menyebabkan anak akan merasa bahawa ibu adalah orang yang paling rapat, maka sudah tentu dia akan mendengar kata ibunya sahaja. Selain itu, faktor susu ibu itu sendiri akan mempengaruhi sifat anak kerana susu ibu adalah bahan makanan yang paling baik di dunia. Ia tentunya meransang IQ anak menjadi lebih cerdas dan pintar serta mampu menunjukkan kasih sayang kepada orang di sekelilingnya.

Seorang ustaz pernah berkata, anak-anak yang diberi susu selain susu ibu mengambil sifat apa yang diminumnya. Ini bermakna jika anak diberi susu manusia, ia akan bersifat dengan sifat manusia. Begitulah sebaliknya. Jika dilihat kerosakan akhlak anak-anak yang berlaku sekarang, barangkali makanan awal yang sepatut diberikan oleh ibunya telah berganti dengan sesuatu yang lain.


Anak tidak memilih makanan:
Seorang pakar pemakanan n pakar penyusuan bayi pernah berkata, anak yang menyusu ibu kurang cenderung untuk memilih makanan. Ini kerana ia telah didedahkan dengan rasa pelbagai jenis makanan sejak bayi lagi. Contohnya, jika ibunya makan buah limau, bayinya juga akan meminum susu ibu yang mungkin sedikit masam. Sebab itu jika diperhatikan ibu yang mengambil makanan pedas lalu menyusukan bayi, didapati bayinya akan mengali cirit-birit. Sebab itu ibu yang menyusu di galakkan makanan yang berkhasiat kerana makanan itu juga turut di makan oleh bayi yg disusukannya.

Ibu lebih langsing:
Didapati, ibu-ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif sejak bayinya lahir memiliki bentuk badan yang lebih langsing. Ini kerana segala proses menyusu akan membuatkan badan anda membakar kalori dengan cepat. Selain itu, ia juga membantu rahim mengecil dengan lebih cepat.

Ibu lebih senang hati:
Menyusukan bayi dengan susu badan lebih menjimatkan, tidak perlu peralatan (melainkan utk memerah susu), lebih bebas bergerak kerana tidak perlu menyediakan segala keperluan menyusu jika ingin ke mana-mana.


# Jika anda berhasrat untuk menyusukan bayi, jangan ragu-ragu lagi. Kuatkan hati anda. Sememangnya akan ada halangan namun, bayi itu anak kita..bukan anak orang lain, kita berhak menentukan apa yg terbaik utk zuriat kita.

Tuesday, December 6, 2011

SAKIT ITU UJIAN...


"Nikmat sihat akan lebih dirasai apabila kita dalam kesakitan"

"Seseorang akan lebih menghargai kesihatan selepas ia merasai kesakitan"

Walau bagaimanapun, hanya org yg pernah merasai bagaimana rasanya sakit akan lebih menghargai betapa rasa sihat itu penting. Ramai yg tidak menyedari bahawa rasa sakit itu semata-mata adalah ujian dari Allah. Seringkali kita merasa penyakit itu satu beban kepada kita. Maka hati pula sering bertanya, kenapa aku yg ditimpakan penyakit ini? Kenapa tidak orang lain? Kenapa mesti anakku? kenapa mesti ayahku? kenapa ibuku? Kenapa keluargaku yg ditimpa musibah ini? kenapa? kenapa? dan terus mengapa...sehingga hati kita pun tidak ikhlas menerima cubaan, lalu kesabaran kian menipis.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Benar, hanya orang yg diberi rasa sakit itu yg tahu bagaimana keadaannya. Kita yang melihat hanya mampu memberi kata-kata semangat. Perlu diingat bahawa Allah tidak mendatangkan ujian atau penyakit melainkan Allah tahu setakat mana kemampuan kita menghadapinya. Bagi orang Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya.

Nabi berkata "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada dua perkara; Mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan ujian itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah di naikkan."
Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yg ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar.

Apabila didatangi rasa sakit, seharusnya kita berlapang dada menerimanya. Banyak hadis Rasulullah yang berkaitan dengan sakit. Saya yakin selepas anda membacanya, hati anda akan merasa lapang dan anda gembira dengan ujian Allah tersebut.

1. Bukhari dan Muslim merekodkan, Nabi berkata "Setiap orang muslim yg ditimpa kesedihan, Allah menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yg menggugurkan daun-daunnya."
 Hadis ini mengukuhkan hadis lain yg menyentuh berkenaan ganjaran bagi orang yg sabar apabila ditimpa musibah. Apabila orang tersebut bersabar dengan penyakit yg menimpanya, Allah membalas dengan kasih sayang iaitu dosa-dosa pesakit digugurkan.

2. Al-Hakim merekodkan, Nabi berkata " Sesiapa yang melawat orang sakit, beerti dia duduk di taman-taman syurga. Apabila dia berdiri, ditugaskan 70,000 malaikat mendoakannya hingga waktu malam."
 Demikianlah ganjaran yang Allah berikan  kepada mereka yang melawat orang sakit dan memberikan semangat kepada pesakit itu. Dengan demikian, pesakit tidak merasa sedih dan berusaha mengubati dirinya.
Kita juga diperintahkan supaya mengingatkan si pesakit itu mengenai tiga perkara iaitu sabar, ikhlas, dan syukur supaya Allah memudahkan penyembuhannya.

3.Mengikut rekod Muslim dan Imam Ahmad, Nabi berkata " Apabila melawat orang sakit, bicaralah yang baik-baik kerana malaikat ikut mendoakan apa yang kamu ucapkan"
Luangkan masa melawat orang sakit dan gembirakan mereka dengan kedatangan kita supaya kita memperoleh rahmat Allah. Ini kerana orang sakit sentiasa dikelilingi para malaikat.

4. Nabi berkata mengikut rekod Ibn Majah, " Apabila kamu melawat orang sakit, maka mintalah doanya kerana doa orang sakit sama seperti doa para malaikat"
Orang sakit dikasihi Allah dan dekat dengannya. Itu adalah kasih yg diberikanNya sebagai orang mukmin, kesihatannya diberkati dan kesakitannya dirahmati.

5. Mengikut rekod Ibn Majah dan Ahmad, Nabi berkata " Sesiapa mati dalam keadaan sakit, maka matinya mati syahid. Dia dihindarkan seksa kubur dan dicurahkan rezeki dari syurga pada awal dan penghujung hari."
Hadis ini menunjukkan orang sakit mendapat tempat mulia disisi Allah. Mereka juga diberi ganjaran atas kesabaran menempuhi ujian.

Sesungguhnya Nabi tidak berkata melainkan kata-kata yg benar, kerana Nabi sentiasa dibimbing wahyu Allah.

Mengapa gusar lagi..terimalah ujian Allah dengan senang hati dan positif.
Banyak penyakit boleh sembuh andai kita sentiasa gembira n berfikiran positif. Ingatlah bahawa Allah yang mendatangkan penyakit dan Allah jua yg berkuasa menyembuhkannya.

Fakta Tentang Telinga


Sedapnya mengorek telinga..apa lg kalau telinga sudah gatal..tahi telinga terasa dh nak keluar..hihi.. baby sy kalau dikorekkan telinga, dengan pipi2 sekali senget...sedap betul gayanya...si abang pula takut kalau nak dikorekkan telinga..kadang2 sampai dh terkeluar warna kekuningan lendir pekat..terpaksa pula kepit kaki n tgn semata2 nk bersihkan telinga...itu cerita anak2 saya..

Sedar tak kita, sebenarnya tindakan mengorek telinga hanya akan menjejaskan kesihatan telinga sekaligus mengundang risiko kehilangan deria pendengaran. Ada juga yg menganggap korek telinga guna putik kapas itu selamat..(sy la tu)..belum lg guna benda2 keras n tajam macam besi, kunci n pin. Keras atau lembut semua itu sebenarnya tidak perlu sama sekali..

Buat pengetahuan semua, tahi telinga sebenarnya mempunya kelebihan sendiri iaitu ia bertindak sebagai pelindung daripada debu kotoran ataupun di masuki serangga.

Secara normalnya tahi telinga akan keluar sendiri tanpa perlu ada paksaan. Ia akan keluar sikit demi sikit memandangkan kulit telinga mempunya mekanisma yg akan membantunya keluar secara berterusan. Dengan adanya cara semulajadi ini, tahi telinga tidak perlu dikorek cuma perlu dibersihkan apabila ia sudah keluar dr telinga.

Tindakan mengorek telinga akan menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, telinga melecet, dan x mustahil putik kapas tertinggal di dalam. Kita juga mungkin akan mengalami masalah gegendang telinga kemudian hari.

Tahi telinga ada yg lembut dan ada yg keras. Sebahagian besar orang asia mempunyai tahi telinga jenis yg kedua. Jenis ini bergantung pada faktor  genetik dan juga kandungan kandungan lemak yg terdapat dlm tahi telinga. Tahi telinga sebenarnya terdiri dr lilin telinga yg dipanggil serumen iaitu kelenjar yg dikeluarkan telinga.
Tahi telinga sememangnya kotor tp ia berfungsi sebagai pelindung.

Lendir n cecair yg ada di dalamnya akan menyekat kemasukan kotoran debu n serangga. Kerana itu kita dilarang mengorek telinga kerana kehilangan lendir tersebut akan menyebabkan jangkitan dek ketahanan yg rapuh. telinga yg sudah luka juga akan mudah dijangkiti bakteria n kulat.

Ada juga segelintir kita yg mempunyai masalah tahi telinga tidak keluar dgn sendirinya. Ini dikenali sbg keratosis obsturans. Berjumpalah doktor pakar kerana dia akan memberi ubat titis n menyedutnya dgn alat khas.
**sumber : Majalah Seri Dewi n Keluarga

Emm...mengurut telinga semasa membasuhnya dalam berwuduk mendatangkan manfaat. Ini kerana terdapat 73 titik akupunktur penting di telinga. Apabila diurut, aliran tenaga atau chi ke seluruh organ menjadi lancar. Bagi yg mengalami gangguan kesihatan terutama pesakit metabolik, jangan lupa mengurut telinga semasa berwuduk. InsyaAllah akan merasai manfaat meningkatnya kesihatan dan kesegaran.

Cara mencuci telinga seperti berikut:
1. basahkan kedua jari dengan air
2. ratakan air ke seluruh permukaan daun telinga sambil diurut lembut
Apabila melakukannya lima kali sehari semasa berwuduk, maka dalam sebulan kita akan mula merasai manfaatnya..

begitulah yg diajarkan Rasulullah kepada kita... Rasulullah sihat melalui wuduk, maka kita pun mesti mengikuti Sunnah baginda.

Monday, December 5, 2011

Cicak...bunuh dapat pahala?


Dari kecil sering dimomokkan jika membunuh cicak terutamanya malam jumaat dan hari  jumaat dapat pahala. Teringat pula abang n adik saya memang suka memburu cicak.selepas dilastik cicak tergolek ke lantai cedera parah lalu maut..saya pula melarikan diri jika ternampak cicak. bila malam, sedang bersenang lenang di katil mahu tidur, ternampak anak cicak terkedek2 merayap di siling rumah, saya segera menghalau hingga hilang dr pandangan..

Sebenarnya ada kejadian yg menyayat hati dengan cicak..dulu kakak saya warden asrama sekolah menengah agama Al-basriah, kuala tembeling. walaupun rumah dengan sekolah sangat dekat, kakak saya tetap dilantik jd warden..suatu hari bilik warden hendak dipindahkan ke kawasan asrama perempuan, sy pula mengikut kakak saya itu mengemaskan barang2 di biliknya..sedang mengemas hendak dijadikan cerita, ada seekor cicak masuk dalam baju tp sy x perasan..setelah berada diluar bilik itu saya terasa ada benda merayap di dalam baju..terasa geli geleman lalu saya pun melompat2 utk mengeluarkan cicak berkenaan..tidak di sangka perbuatan sy itu di lihat oleh pelajar2 asrama lelaki!! hampeh sungguh mereka itu gelakkan saya..oleh sbb saya masa tu kecik lg..sy buat x tau je walaupun dlm hati malu giler...hampeh kan??..hahaha...

Sejak hari itu saya menyampah dengan cicak..benci dan geli...geli geleman!!! eiii...binatang no.1 yg paling sy tak suka...wekkkk!!!!rupanya ramai juga org yg benci dgn cicak dgn sbb ia binatang yg plg x tau malu..(suka terjun atas org, masuk dlm baju org, buang najis merata2...eii)..ada sekali dia boleh melepas atas nasi kawan sy yg baru je nak suap dlm mulut!! kurang asam betul!

setelah di cari2 n terbaca2 pasal cicak, sy terjumpa banyak hadis antaranya yg sy baca dr Ustaz Azhar Idrus:

"Sesungguhnya nabi menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiq(penjahat kecil)"
-direkodkan oleh Muslim daripada Amir bin Saad daripada ayahnya

"Sesiapa yg membunuh cicak dengan sekali pukulan, dituliskan untuknya 100 kebajikan. Membunuhnya dengan dua kali pukulan, dituliskan untuknya kurang daripada yg pertama dan membunuhnya dengan tiga pukulan, kebajikannya kurang drpd yg kedua,"
-dilaporkan oleh Abi Hurairah dalam Sahih Muslim dalam Kitab Qatlul Hayyat

Ibnu Kathir merekodkan dalam kitabnya, Al-Bidayah Wa Nihayah, nabi menyuruh membunuh cicak kerana kisah Nabi Ibrahim. Sewaktu Nabi Ibrahim dibakar, semua binatang cuba memadamkan api kecuali cicak menghembus bagi memarakkan lg api itu.

Hadis di atas menjelaskan hukum membunuh cicak adalah sunat. Namun ia tidak dikaitkan dengan hari jumaat ataupun mana2 hari.

**tp yg saya x faham bila ada cicak berbunyi boleh pulak org kita cakap "betul kata cicak.." mana mereka dpt tu????kalau tau sila bg tau saya yer..

Sunday, December 4, 2011

persoalan tentang keterlanjuran, anak luar nikah..(simpan utk rujukan)

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORANG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DLM KEJAHILAN. 


Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. 


Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak
pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan. 


Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak
hidup dalam zina sampai bila-bila... . 


Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak 
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan 
bersama anda di sini kerana ianya amat penting: 


Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah? 


Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu 
dilahirkan. 


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia 
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? 


Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu 
dilahirkan. 


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? 


Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah 
kepada bayi yang dikandung itu.. 


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk 
memperbetulkan keadaan? 


Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu 
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah 
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah. 


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? 


Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah 


Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? 


Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK 
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya. 


Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri? 


Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram. 


Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim 
(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah 
tindakan yang sewajarnya? 


Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah. 


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, 
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi
kain sendiri? 


Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf. 


Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi
Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, 
membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka
juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia
atau pun diakhirat... . 


Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious
jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz 
sekiranya perlu. Mafhumnya: 


Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian 
alam'. 


**copy dr status sham kamikaze