welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Tuesday, December 6, 2011

SAKIT ITU UJIAN...


"Nikmat sihat akan lebih dirasai apabila kita dalam kesakitan"

"Seseorang akan lebih menghargai kesihatan selepas ia merasai kesakitan"

Walau bagaimanapun, hanya org yg pernah merasai bagaimana rasanya sakit akan lebih menghargai betapa rasa sihat itu penting. Ramai yg tidak menyedari bahawa rasa sakit itu semata-mata adalah ujian dari Allah. Seringkali kita merasa penyakit itu satu beban kepada kita. Maka hati pula sering bertanya, kenapa aku yg ditimpakan penyakit ini? Kenapa tidak orang lain? Kenapa mesti anakku? kenapa mesti ayahku? kenapa ibuku? Kenapa keluargaku yg ditimpa musibah ini? kenapa? kenapa? dan terus mengapa...sehingga hati kita pun tidak ikhlas menerima cubaan, lalu kesabaran kian menipis.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Benar, hanya orang yg diberi rasa sakit itu yg tahu bagaimana keadaannya. Kita yang melihat hanya mampu memberi kata-kata semangat. Perlu diingat bahawa Allah tidak mendatangkan ujian atau penyakit melainkan Allah tahu setakat mana kemampuan kita menghadapinya. Bagi orang Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya.

Nabi berkata "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada dua perkara; Mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan ujian itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah di naikkan."
Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yg ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar.

Apabila didatangi rasa sakit, seharusnya kita berlapang dada menerimanya. Banyak hadis Rasulullah yang berkaitan dengan sakit. Saya yakin selepas anda membacanya, hati anda akan merasa lapang dan anda gembira dengan ujian Allah tersebut.

1. Bukhari dan Muslim merekodkan, Nabi berkata "Setiap orang muslim yg ditimpa kesedihan, Allah menggugurkan dosa-dosanya seperti pohon yg menggugurkan daun-daunnya."
 Hadis ini mengukuhkan hadis lain yg menyentuh berkenaan ganjaran bagi orang yg sabar apabila ditimpa musibah. Apabila orang tersebut bersabar dengan penyakit yg menimpanya, Allah membalas dengan kasih sayang iaitu dosa-dosa pesakit digugurkan.

2. Al-Hakim merekodkan, Nabi berkata " Sesiapa yang melawat orang sakit, beerti dia duduk di taman-taman syurga. Apabila dia berdiri, ditugaskan 70,000 malaikat mendoakannya hingga waktu malam."
 Demikianlah ganjaran yang Allah berikan  kepada mereka yang melawat orang sakit dan memberikan semangat kepada pesakit itu. Dengan demikian, pesakit tidak merasa sedih dan berusaha mengubati dirinya.
Kita juga diperintahkan supaya mengingatkan si pesakit itu mengenai tiga perkara iaitu sabar, ikhlas, dan syukur supaya Allah memudahkan penyembuhannya.

3.Mengikut rekod Muslim dan Imam Ahmad, Nabi berkata " Apabila melawat orang sakit, bicaralah yang baik-baik kerana malaikat ikut mendoakan apa yang kamu ucapkan"
Luangkan masa melawat orang sakit dan gembirakan mereka dengan kedatangan kita supaya kita memperoleh rahmat Allah. Ini kerana orang sakit sentiasa dikelilingi para malaikat.

4. Nabi berkata mengikut rekod Ibn Majah, " Apabila kamu melawat orang sakit, maka mintalah doanya kerana doa orang sakit sama seperti doa para malaikat"
Orang sakit dikasihi Allah dan dekat dengannya. Itu adalah kasih yg diberikanNya sebagai orang mukmin, kesihatannya diberkati dan kesakitannya dirahmati.

5. Mengikut rekod Ibn Majah dan Ahmad, Nabi berkata " Sesiapa mati dalam keadaan sakit, maka matinya mati syahid. Dia dihindarkan seksa kubur dan dicurahkan rezeki dari syurga pada awal dan penghujung hari."
Hadis ini menunjukkan orang sakit mendapat tempat mulia disisi Allah. Mereka juga diberi ganjaran atas kesabaran menempuhi ujian.

Sesungguhnya Nabi tidak berkata melainkan kata-kata yg benar, kerana Nabi sentiasa dibimbing wahyu Allah.

Mengapa gusar lagi..terimalah ujian Allah dengan senang hati dan positif.
Banyak penyakit boleh sembuh andai kita sentiasa gembira n berfikiran positif. Ingatlah bahawa Allah yang mendatangkan penyakit dan Allah jua yg berkuasa menyembuhkannya.

No comments: