welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Friday, December 2, 2011

Pengalaman bersalin anak ke-2

12 julai 2011
setelah lebih beberapa jam dr tarikh jangkaan bersalinku yg sebenar, iaitu 11.7.11, aku masih tidak didatangi tanda2 bersalin.. aku masuk tidur seperti biasa malam itu..mungkinkah lambat lg waktunya? debaran halus tetap menjelma di dadaku seperti malam2 sebelumnya.

1am..sedang tidur, aku bagai berada di alam mimpi. aku rasakan seperti sakit bersalin sudah dtg namun aku ragu-ragu..iyakah atau tidak? sakitnya tidaklah terlalu kuat, ia selang beberapa minit sekali.

4am..aku sudah tak boleh tidur..masih memikirkan kebarangkalian yg aku akan bersalin hari itu..terasa hendak buang air, aku bangun terus menuju ke tandas...aku dapati ada lendir berwarna merah yg aku pasti itu adalah darah. kini aku pasti...aku langsung tidak boleh tidur selepas itu...perasaan takut makin kuat.
aku tidak masuk ke bilik sebaliknya duduk diruang tamu menunggu azan subuh. menunggu suami dan ibuku bangun. aku tdk mahu mengejutkan mereka kerana aku tahu masih awal lg jika mahu ke hospital sekali pun.

6am..sesudah azan subuh berkumandang, suamiku bangun dr tidur. dia kelihatan agak pelik melihat aku duduk termanggu di sofa. lalu aku pun menceritakan kepadanya. dia terus menunaikan solat subuh.kemudian menelefon ke pejabat memberitahu tidak hadir kerja hari itu.

7am..ibu menyediakan sarapan pagi. walaupun aku tak lalu, namun aku gagahkan diri utk makan kerana memikirkan aku akan memerlukan banyak tenaga untuk meneran nanti. teringat pengalamn pertama dahulu yg sakitnya memakan waktu yg sangat panjang hingga aku yg tersangat lapar pun tak mampu untuk menelan makanan.

8.am..aku, suami, ibu dan anak sulungku bergegas ke hospital.bimbang juga andai apa2 terjadi jika lambat nanti. suami mendaftarkan diriku. doktor memeriksa bukaanku yg katanya baru hanya 2 ke 3 cm...aku kemudian masuk ke wad antenatal. di situ sempat juga aku berkenalan dengan kakak yg juga menunggu hari bersalin. seorang guru BI yg sedang menunggu tarikh utk operasi sbb mempunyai masalah fibroid. Yg seorang lagi sudah semalaman di wad namun bukaan hanya 2 cm saja, x bertambah.

12 noon..mkn tgh hari sampai, aku mkn lg..perutku mmgnya lapar.namun sakit yg semakin kuat membuatkan aku tidak boleh menghabiskan mknn yg sedap itu.
tidak lama kemudian, nurse memanggilku utk menjalankan scan di bilik yg berlainan.

1pm..sakitku udah tak tertahan, sewaktu proses scan di jalankan, beberapa kali degupan jantung bayiku lari. nurse menegur adakah selalu begitu kerana katanya bayi di dalam tersangat aktif. aku angguk saja sbb dh x larat nak menjawab. setelah beberapa ketika, nurse perasan yg aku sdg menahan sakit. Kemudian, nurse meminta memeriksa lagi bukaanku, katanya 5cm. terus aku dipersiapkan utk ditolak ke dewan bersalin dgn kerusi roda.
sementara menunggu nurse menyiapkan buku2, rekod n segala bagai, juga memberitahu suami n ibuku yg aku akan dimasukkan ke dewan bersalin, tidak semena2 air mataku tumpah namun berjaya di sembunyikan.entah kenapa aku rasa sangat takut.teramat2 takut. aku terbayang kesakitan melahirkan anak pertama dahulu..Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. jenuh ku tahan sebak di dada...

2pm..nurse memeriksa lagi katanya sudah 6cm...dia paksa aku meneran tp aku rasa belum masanya lagi...langsung aku dimarahi nurse kerana katanya aku tak bersungguh meneran..nurse bidan tu kemudian meninggalkan aku utk menguruskan pesakit yg lain pula..
di sisiku nurse bidan pelatih sedang memasang wayar diperutku utk mendengar bunyi jantung bayi. aku yg sakit nya dtg 1 ke 2 minit sekali terpaksa memegang tgn misi pelatih terbabit hingga kemerahan. setelah agak lama berkeadaan begitu, nurse bidan kembali lg..aku pula sudah terasa ingin meneran. dgn sepenuh tenaga aku pun meneran.2, 3 kali juga hingga akhirnya keluarlah bayi lelaki ku pd  jam 2.52pm...serta merta aku mengucapkan takbir..lega yg amat sangat..kesyukuran yg tidak terkata...

apa yg terjadi selepas itu aku tidak peduli...misi2 menguruskan uri dan bayi..misi bidan td menjahit koyakanku pula..dia sgt kasar..aku yg masih lg berasa takut n mmg takut dgn sakit cuba melarikan diri dr dijahit...itu yg kutakutkan sebenarnya...sekali lg aku dimarahi olehnya...lama juga dia menjahit hingga beberapa kali aku bertanya sudah siap ke belum...dan setelah selesai...sekali lg aku menarik nafas lega...

6pm...aku masih lg di dewan bersalin...dengarnya wad postnatal penuh hari itu...mkn petang pun sampai..menunya kari ayam, sayur air dan buah..aku mkn juga sbb sgt lapar setelah tenagaku habis meneran td...tapi setakat mana masuk ke tekak sbb tidak selesa dengan jahitan dn kesakitan yg masih terasa...
aku menyusukan bayi buat kali pertama..tp sgt pelik sbb bayiku tidak pejam matanya spt bayi baru lahir yg lain. matanya melilau melihat sekeliling seperti sudah faham apa yg terjadi di sekelilingnya.

7pm...suami, ibu n anak sulungku menunggu di luar dewan, mereka tidak dibenarkan masuk langsung utk melihat aku n bayiku..tetapi suamiku meminta izin untuk mengazankan bayi n alhamdulillah, misi membenarkan namun setakat di muka pintu dewan sahaja. terdengar suara anak sulungku melalak di muka pintu..terasa kasihan pula..tidak sabar rasanya mahu keluar dr dewan bersalin ini utk menemui keluargaku...

9pm..barulah aku dibenarkan ke wad postnatal..oleh kerana katil semua sudah penuh, aku diberi katil di kaki lima...di tengah2 jalan keluar masuk org..mmg x selesa tp nak buat mcm mane?beberapa ketika kemudian, terdngar suara anak sulungku ammar..ammar memang riuh mulut maka aku boleh cam suaranya itu..bising mulutnya mencari mama.. aku tersenyum melihatnya berlari mendapatkan aku..apabila aku tunjukkan adik barunya, dia semakin bising..mulutnya riuh bertanya n memanggil adiknya. adik yg waktu itu sedang berbaring hanya memandang tanpa makna..

9.30, suami, ibu n anakku akhirnya pulang setelah seharian berada di hospital 'menemaniku'...aku kini terbaring keseorangan tidak berdaya sehingga tiba2 muncul tunang kpd kawan suamiku yg bkerja sbg nurse di wad ICU hospital yg sama...aku mmg kenal dgn dia, n setelah berbual serba sedikit, dia meminta izin utk pulang..

10pm..aku lapar tp x berdaya utk bangun. teringin benar hendak menikmati air milo..menyesal pula menolak bila ibuku td ingin membuatkan air utkku..pdn muka..penyudahnya aku hanya minum air masak shja..org kata, lps bersalin x boleh minum air byk tp aku buat2 lupa pesanan itu..mmg sgt dahaga n lapar...

lebih kurang 3am..misi mengejutkan ku dr tidur n bertanya samada aku sudah membuang air atau belum..aku jawab belum..aku memang teringin ke bilik air utk mencuci muka yg terasa melekit, berkarat, berkulat n sbgainya selepas 'bersenam' td..aku bangkit perlahan2..terasa berpusing namun ku gagahkan diri...sampai juga ke singki..ku basuh muka tp terasa hendak pitam..aku berjalan semula ke katil dan...bedepuk!!! akhirnya kujatuh juga....tidak sedar apa yg berlaku...terasa misi dtg mengangkatku n membawa aku ke katil...
beberapa minit kemudian, misi dtg lagi n membawa kerusi roda utk menghantar aku ke bilik air...

13.7.11...2pm, akhirnya aku dibenarkan pulang. ibu, ibu mertua, serta bapa mertua ku juga dtg menjemputku pulang. maka bermulalah pantang aku hari itu di kampung kastam...oleh kerana bayiku kuning, aku terpaksa pula berulang alik ke klinik n hospital utk membuat ujian darah. kesian si kecil apabila kakinya dicucuk..meraung kesakitanlah dia..setelah lebih kurang sepuluh hari, aku, ammar, bayiku yg diberi nama Muhammad Aqil Qayyim, serta ibuku pulang ke pahang utk berpantang di sana pula..hari ke 12, cukur rambut bayi dilakukan..Alhamdulillah ku kini hanya menunggu habis pantang di kampung ibuku sehingga syawal menjelma...













No comments: