welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Friday, December 16, 2011

HIKMAH TERSEMBUNYI DISEBALIK MENYUSUKAN BAYI


Umum mengetahui susu ibu adalah susu terbaik yang mengandungi lebih daripada 400 zat yg tidak ada dalam mana-mana susu formula pun. Ibu-ibu digalakkan menyusukan bayi seawal dua jam pertama selepas kelahiran kerana ia boleh menghalang daripada terjadinya pendarahan yg menjadi penyebab kematian materniti utama di dunia.

Wanita yang menyusukan juga dapat mencegah terjadinya kehamilan sebanyak 98% hingga 99% pada tempoh 6 bulan pertama selepas kehamilan jika mereka menyusukan bayi secara eksklusif.

Penyusuan bayi juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara, kanser ovari, dan endometrial yang dipengaruhi ketidakstabilan hormon estrogen serta juga dapat mengawal kolesterol.

Mungkin kita tertanya-tanya kenapa perlunya menyusukan bayi sejak awal kelahiran. Islam juga menggalakkan ibu-ibu menyusukan bayinya sehingga berusia dua tahun. Ini sebenarnya penting untuk membina IQ anak yang sihat kerana banyak pembelajaran yg akan dia pelajari pada usia sehingga dua tahun ini.

Anak lebih fokus:
Semasa bayi menyusu, ia sedang berinteraksi dengan ibunya, dapat memfokus dan memproses pemerhatian dengan lebih cekap.Pada masa ini otaknya sedang membesar.

Kajian juga menunjukkan pada jangka masa dua tahun ini, konsep kendiri mula terbentuk. Dari psikologi, antara umur 7 bulan hingga 30 bulan, adalah masanya pembentukan ikatan yang sebenar antara anak dengan ibunya. Anak merasa yakin apabila ibunya berdekatan dengannya, walaupun di tempat yg asing atau ada orang lain disitu. Bayi akan tertekan jika ibu pergi dari dirinya dan akan mendapatkan ibunya kembali. Jika wujudnya ikatan sebenar, anak akan lebih cekap dan bebas dan jika tiada, mungkin akan memberi kesan buruk terhadap perkembangan sosialnya.

Anak lebih berasa di sayangi:
Menurut ajaran Islam, bayi perlu diberikan kasih sayang melalui keintimannya dengan ibu. Kajian mendapati hormon kortisol dalam bayi yang terpisah dengan ibunya walaupun sebentar akan bertambah. Apabila kortisol bertambah, maka daya tahan tubuh menurun.

Kajian juga mendapati hormon kortisol tidak bertambah sekiranya bayi menangis dalam pelukan ibu atau pengasuh yang menyayanginya. Ini kerana bayi merasa selamat dan memperoleh kasih sayang dari orang yg paling rapat dengannya.

Anak lebih taat dan mendengar kata:
Apabila menyusukan bayi, ikatan atau bonding yang terhasil menyebabkan anak akan merasa bahawa ibu adalah orang yang paling rapat, maka sudah tentu dia akan mendengar kata ibunya sahaja. Selain itu, faktor susu ibu itu sendiri akan mempengaruhi sifat anak kerana susu ibu adalah bahan makanan yang paling baik di dunia. Ia tentunya meransang IQ anak menjadi lebih cerdas dan pintar serta mampu menunjukkan kasih sayang kepada orang di sekelilingnya.

Seorang ustaz pernah berkata, anak-anak yang diberi susu selain susu ibu mengambil sifat apa yang diminumnya. Ini bermakna jika anak diberi susu manusia, ia akan bersifat dengan sifat manusia. Begitulah sebaliknya. Jika dilihat kerosakan akhlak anak-anak yang berlaku sekarang, barangkali makanan awal yang sepatut diberikan oleh ibunya telah berganti dengan sesuatu yang lain.


Anak tidak memilih makanan:
Seorang pakar pemakanan n pakar penyusuan bayi pernah berkata, anak yang menyusu ibu kurang cenderung untuk memilih makanan. Ini kerana ia telah didedahkan dengan rasa pelbagai jenis makanan sejak bayi lagi. Contohnya, jika ibunya makan buah limau, bayinya juga akan meminum susu ibu yang mungkin sedikit masam. Sebab itu jika diperhatikan ibu yang mengambil makanan pedas lalu menyusukan bayi, didapati bayinya akan mengali cirit-birit. Sebab itu ibu yang menyusu di galakkan makanan yang berkhasiat kerana makanan itu juga turut di makan oleh bayi yg disusukannya.

Ibu lebih langsing:
Didapati, ibu-ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif sejak bayinya lahir memiliki bentuk badan yang lebih langsing. Ini kerana segala proses menyusu akan membuatkan badan anda membakar kalori dengan cepat. Selain itu, ia juga membantu rahim mengecil dengan lebih cepat.

Ibu lebih senang hati:
Menyusukan bayi dengan susu badan lebih menjimatkan, tidak perlu peralatan (melainkan utk memerah susu), lebih bebas bergerak kerana tidak perlu menyediakan segala keperluan menyusu jika ingin ke mana-mana.


# Jika anda berhasrat untuk menyusukan bayi, jangan ragu-ragu lagi. Kuatkan hati anda. Sememangnya akan ada halangan namun, bayi itu anak kita..bukan anak orang lain, kita berhak menentukan apa yg terbaik utk zuriat kita.

No comments: