welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Saturday, December 17, 2011

Halangan Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu Dan Cara Mengatasinya


Menyusukan bayi adalah momen terindah dalam diri bagi setiap wanita yang mempunyai cahaya mata. Saya percaya ramai wanita diluar sana berkeinginan untuk menyusukan bayinya secara eksklusif namun ada halangan yang mungkin timbul disebabkan faktor sekeliling. Di bawah ini saya senaraikan halangan-halangan yang mungkin timbul dalam proses anda cuba untuk menyusukan beserta kaedah mengatasinya.

Halangan 1: Ibu atau ibu mertua
Tidak dapat dinafikan kadangkala apa yang kita mahukan bercanggah dengan kemahuan ibu atau ibu mertua kita. Mereka mungkin memikirkan kesan jangka pendek contohnya jika kita menyusukan bayi akan menyukarkan kita untuk meninggalkan bayi jika ingin bekerja. Ibu atau ibu mertua kita mungkin tidak mengetahui kelebihan-kelebihan menyusukan bayi di sebabkan tidak ada atau kurangnya ilmu berkenaan dengan kepentingan menyusukan bayi.

Cara mengatasi: Terangkan kepada mereka apakah kebaikan-kebaikan yang anda dan bayi peroleh samada dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Ibu-ibu mungkin kurang faham jadi berikan contoh yang sesuai. Tunjukkan juga kesungguhan anda contohnya anda telah membeli peralatan memerah susu bagi ibu2 yg bekerja.

Halangan 2: Suami yang tidak menyokong
Ada juga dikalangan bapa yang tidak menyukai jika isterinya menyusukan bayi secara eksklusif kerana mungkin menyukarkannya jika bayi itu ditinggalkan bersamanya manakala si ibu pula pergi bekerja.

Cara mengatasi: Seperti diatas, terangkan kebaikan susu ibu untuk anak, sediakan peralatan atau susu ibu yg sudah disimpan ke dalam botol supaya senang bagi suami untuk menyusukan bayi mereka pula. Susunkan didalam peti ais atau labelkan botol jika perlu. Terangkan bahawa itu semua adalah penting untuk kebaikan anak.

Halangan 3: Ibu berkerjaya
Menjadi lumrah ibu-ibu moden yang bekerja sekarang untuk menyusukan bayi dengan susu formula. Mereka jadi malas untuk menyusukan bayi kerana kekangan masa yg terpaksa diperuntukkan bersama bayi sedangkan kerja lebih penting.

Cara mengatasi: Tanamkan sifat kasihan melihat bayi jika diberi susu formula sedangkan bayi-bayi lain mendapat nikmat dan kebaikan susu ibu mereka sendiri. Ibu perlu tahu bahawa jika menyusukan sendiri bayi, ikatan antara anda dan bayi lebih kuat kerana jalinan kasih sayang telah terbentuk sejak dari dalam rahim lg.
Bayi anda akan lebih mesra walaupun anda meninggalkannya di pusat asuhan. Carilah masa yang sesuai untuk memerah susu iaitu dalam masa 3 jam sekali. Minta bos anda untuk menyediakan bilik khas walaupun kecil untuk anda memerah susu. Dengan peralatan memerah yg banyak terdapat di pasaran, anda tidak perlu memberikan alasan lagi untuk tidak mahu menyusukan bayi dengan susu ibu.

Halangan 3: Susu ibu berkurang dengan cepat
Ada juga ibu2 yg mempunyai keinginan kuat untuk menyusukan bayi namun susu yang dihasilkan pula semakin kurang.

Cara mengatasi : Cubalah sedaya upaya mencari alternatif untuk menambah susu ibu dan meningkatkan penghasilannya. Di bawah ini adalah contoh makanan dan apa yang perlu anda amalkan untuk menambah susu.

  • Habbatus sauda
  • Lobak merah atau lobak putih
  • Susu soya
  • Buah kurma
  • Halba
  • Baca surah Al-Baqarah ayat 60
  • Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali sehari pada waktu malam dan subuh. Boleh juga di hembus ke dalam gelas lalu diminum.
Apa yang penting adalah keazaman kita untuk menyusukan bayi. Timbulkan rasa cemburu melihat ibu-ibu lain mampu memberi makanan terbaik untuk bayi, dan anda pula ingin melakukan yang sama. Pedulikan apa jua kata-kata negatif orang di sekeliling anda. Yakin boleh. Setelah berusaha sedaya upaya, berserahlah pada Allah dan berdoa agar kita mampu menyusukan bayi sehingga sekurang-kurangnya dua tahun. InsyaAllah.

No comments: