welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Monday, January 30, 2012

Jangan Berputus Asa Mencari Jodoh

Sebuah kisah penuh bermakna dan bermotivasi untuk di ketahui oleh gadis-gadis yang masih mencari pasangan hidup.

Hafsah binti Umar Al-Khattab iaitu puteri kepada khalifah yang kedua. Ayahanda beliau ingin menikahkan puteri kesayangan tersebut. Pada mulanya Saidina Umar pergi berjumpa dengan Saidina Usman dan bertanya sama ada beliau sudi menikahi Hafsah. Usman menolak kerana isterinya baru sahaja meninggal dan beliau belum mahu kahwin lagi.

Saidina Umar pergi pula bertemu  Saidina Abu Bakar dan bertanyakan hal yang sama. Abu Bakar turut menjawab bahawa beliau tidak layak untuk Hafsah.

Akhirnya Saidina Umar pergi mengadu kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang Usman dan Abu Bakar tidak mahu memperisterikan puterinya. Nabi berkata bahawa puterinya itu akan bernikah begitu juga dengan Usman akan bernikah lagi.

Akhirnya Hafsah binti Umar bernikah dengan Rasulullah S.A.W manakala Usman pula bernikah dengan puteri Rasulullah sendiri iaitu Umi Kalthum.


Sunday, January 29, 2012

RINDU RASULULLAH S.A.W..

5 RABIULAWWAL 1433 H
 Bismillahirrahmanirrahim....
Bulan maulud nabi datang lagi...Allahumma solli ala Muhammad...program tv pun dah byk yg berkaitan dengan memperingati serta mengagungkan Rasulullah...Allahuakbar.

Pagi td sempat tgk TV Al-Hijrah. Dah jd paberet channel skrg ni...kenape dr dulu tak de channel mcm ni yek?? emm rancangan Assalamualaikum pg td mmg sgt2 best...semuanya tentang Nabi Muhammad. ada temubual dengan Ustaz Zaharuddin yg bercerita tentang senda gurau Rasulullah..tp tak tgk dr awal..rugi betul..sempat tgk separuh je... :(

Ustaz ada cakap, Nabi S.A.W mmg suka tersenyum..pada masa sahabat bergurau senda gelak ketawa pun nabi senyum je..ustaz cakap lg...kalau dalam majlis ilmu, bergurau sedikit untuk menimbulkan minat pendengar tak apa...kalau majlis yg mmg dibuat untuk gelak ketawa , itu adalah merosakkan...sebab banyak ketawa mematikan hati. Ada satu hadis yg saya ingat nabi menegur beberapa org yg sedang bergelak ketawa supaya lebih banyak mengingat kepada pemutus nikmat iaitu kematian. Nanti sy tulis detail hadis tu ye. hehe tulis dlm keadaan nak cepat mmg tak sempat nak refer mana2.. :P

teringat dgn program yg ramai sgt org kita suka tgk termasuklah saya... RAJA LAWAK...dah sah2 la program ni utk buat org gelak tak ingat dunia..kalo wat lawak tp tak lawak sgt n tak boleh nak gelak kena kutuk pulak lg ada...macam2 la kan?? bergurau tak salah tp ada hadnya...mmg rancangan ni dah tak releven la..takde unsur ilmiah langsung. (tapi saya tgk jugakk...nape ek????) mujur la dia dah wat kat astro warna, sy tak langgan pun.. huhu..

berbalik pada cerita ustaz2 di TV Al-Hijrah td...(yg ni sy syorkan tengok...mmg banyak manfaatnya) ustaz syed abdul kadir al-joofre pula ada cerita jugak tentang Rasulullah. Ada satu kisah mimbar nabi telah dibina yg baru, masa nabi tengah memberi ceramah tiba2 terdengar satu suara esakan. sayu2 je...sahabat pun dengar jugak Nabi tengok keliling tp x de sape2.. lepas diperhatikan betul2 rupanya tunggul kayu mimbar lama yang menangis... Nabi tanya, kenapa kau menangis? rupanya tunggul kayu tu rindukan Nabi, nabi dah tak guna dia, nabi pakai mimbar baru padahal mimbar baru tu berapa langkah je dr mimbar lama td....Nabi kata, kau akan bersama aku di syurga..(MasyaAllah tunggul tu masuk syurga sbb menangis rindu Nabi...kita????)

Pengajarannya, tunggul kayu tu boleh sedih menangis rindukan nabi yg pindah kat mimbar baru hanya beberapa langkah, tp kita umat nabi yang Nabi sangat rindu dan sayang ni pun tak menangis ingatkan Baginda. kadang2 tak ingat langsung pada baginda...

Sempena bulan kelahiran Muhammad ni jom la kita sama2 mengamalkan sunnah Baginda. Ustaz kata, amalan yg sebelum ni kita tak tau pun itu sebenarnya sunnah, sebelum ni tak dapat pahala, bila dah tau kita niat ikut sunnah maka kita beroleh pahala..masyaAllah sangat mudah mengumpul pahala di samping mengamal dan menyebar sunnah Rasulullah S.A.W

Antara perkara yg kita buat yg jika diniatkan mengikut sunnah Nabi akan dapat pahala ialah(sy ambil yg simple2 je yg kita tak perasan) ialah:
1. senyum
2. ambil wuduk mengadap kiblat
3. guna tangan kanan untuk apa saja perlakuan (kecuali basuh b***k dan masuk tandas)
4. bagi salam
5. jawab salam panjang sikit dr org beri salam
6. solat di masjid
7. org lelaki jahit seluar koyak sendiri
8. solat dhuha
9. bermusafir hari khamis
10. pakai minyak wangi
11. bersukan-apa2 jenis sukan pun
12. melayan budak kecik baik2
13. bagi hadiah kat org espeselly ahli keluarga selepas balik dr bermusafir atau melancong
14. bergurau dengan ahli keluarga
15.suami yg tolong isteri dirumah
16. pakai celak
17.makan aiskrim atau manisan
banyak lg la perkara yg baik2 yg kita buat sehari2...

Jika mahu berubah menjadi lebih baik, mulakan dengan mengenali dan mempelajari tentang Rasulullah kerana Baginda adalah contoh ikutan yang paling baik. Akhlak Baginda sangat terpuji dan tidak ada manusia pun yang dapat menandingi kehebatan akhlak Baginda..

Monday, January 9, 2012

Sekadar Renungan-part#1

Bismillahirrahmanirrahim...

Tak tahu dari mana nak mula..semuanya berlaku secara tiba2..atas izinNya jua...

Pada suatu hari seorang perempuan biarlah saya namakan dia sebagai -gadis X telah add sy dlm lmn web sosial Facebook. Dia add saya sbb nak tahu cerita saya tentang satu isu yg kebetulan sy beri komen n dia membacanya. saya terima perkenalan itu dengan senang hati.

Kami berbual melalui private message shj sbb x mahu diketahui oleh orang lain. malam pertama, perbualan kami mmg berkisar tentang isu dlm fesbuk itu saja... n sedikit sbyk saya mula tahu tentang dia.

Hari kedua, kami berbual lagi. dia mula bertanyakan soalan2 (dgn memberi contoh) beberapa hal yg saya kategorikan sebagai masalah remaja yg lebih tepat lg masalah sosial muda-mudi zaman ini. dari situ sy dapat agak bahawa sbnrnya contoh yg dia berikan itu adalah dirinya sndiri...

Hari ketiga -soalan dia adakah boleh menipu untuk menutup keaiban diri sendiri? saya jwb tidak. mmg x baik mendedahkan keaiban diri apatah lg keaiban org lain. tp perbincangan kami pd mlm sebelumnya tidaklah mendedahkan keaiban sesiapa kerana soalan2 yg ditanyakan lebih kpd hukum n saya rasa dia ada niat untuk memperbaiki dirinya sendiri. entah mcm mana akhirnya soalan dia yg seterusnya menjerat dirinya sndiri. mmg sah. apa yg dia ceritakan pd mlm sebelumnya adalah dia.. tak perlulah sy ceritakan apakah pertanyaan2nya itu.

Sebenarnya inilah kali pertama sy berjumpa dgn golongan mcm ni secara realiti. selalu tgk kt tv je.rupan2nya betul2 terjadi. dia mintak nasihat saya n saya cuba beri nasihat berpandukan hadis2 n ayat quran yg saya baru baca...saya dpt rasakan dia seorang yg lembut hati n mmg ada niat utk memperbaiki diri. cuma sy tak pasti setakat mana keseriusannya.

Hari ke empat. dia bg tahu saya yg dia dah berhenti buat perkara2 yg sy nasihatkan dia supaya dia berhenti. semoga dia berhenti terus n istiqamah. stiap mlm sy doakan semoga Allah membukakan pintu hati adik ini agar terus meninggalkan segala bentuk maksiat yg dia telah lakukan, bertaubat n mencari sinar ke jalan yg lurus. kadang2  timbul jugak rasa kasihan pd adik tu sbb terpedaya ngn tipudaya dunia ni...umurnya sgt muda n saya percaya dia juga sgt cantik.

Sy rasa semakin semangat utk membantu dia....doakan saya n dia... aminn.. InsyaAllah..

Tuesday, January 3, 2012

Manisnya Meninggalkan Yang HARAM


                Pada suatu malam yang hening, seorang lelaki yang kelaparan berjalan-jalan disekitar Madinah. Ketika mencari makanan, lelaki itu terbau makanan yang enak dari sebuah rumah berhampiran.
Keadaan rumah itu gelap menandakan penghuninya sudah tidur. Oleh kerana nafsu laparnya tidak dapat dikawal tambahan pula tidak ada wang untuk membeli makanan, akhirnya dia mendapat ilham.

                Sambil menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada orang melihat perlakuannya, lelaki itu menghampiri rumah itu bertujuan untuk memasukinya.

Setelah memastikan tidak ada sesiapa melihat perbuatannya, lelaki itu perlahan-lahan mengompel pintu rumah itu dan terus masuk tanpa disedari oleh pemilik rumah.

                Sebaik sahaja masuk, dia terus mencari di mana bauan makanan itu disimpan. Akhirnya dia bertemu makanan yang diletakkan di atas meja di dalam rumah. Tanpa berlengah, dia segera mencapai makanan yang enak itu.

Tetapi perlakuannya tiba-tiba sahaja terhenti apabila teringatkan pesanan Rasulullah S.A.W ketika mengikuti majlis ilmu selepas Maghrib pada malam tersebut.

Di dalam majlis ilmu itu berulang kali Rasulullah s.a.w berpesan, “Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapatkan yang halal.” Teringatkan pesan itu, lelaki itu tidak jadi hendak mengambil makanan tersebut walaupun pada ketika itu dia masih kabur apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w.

Akhirnya lelaki itu pun beredar.

                Ketika mahu melangkah keluar dia ternampak pula sebuah almari. Di bawah almari itu terdapat laci. Lantas dia segera membukanya. Alangkah terkejutnya apabila dia terpandangkan barang-barang kemas yang tersimpan disitu. ‘Sudah tentu aku tidak perlu bekerja keras jika mendapat emas sebanyak ini’ fikirnya dalam hati.

                Dia segera menggenggam emas itu untuk dimasukkan ke dalam poket baju tetapi sebaik sahaja menggenggamnya, pesanan Rasulullah terngiang-ngiang di telinga.

“Tinggalkan yang haram, percayalah kamu akan mendapat yang halal.” Pesanan itu berulangkali masuk ke telinganya.

Sekali lagi, lelaki itu tidak jadi mengambil emas tersebut dan meletakkannya kembali ke dalam laci. Oleh kerana tidak jadi mengambil barang kemas itu, dia segera beredar. Ketika melewati sebuah bilik yang terbuka, dia terlihat seorang perempuan cantik sedang tidur.

                Tergoda nafsu lelakinya apabila melihat wanita cantik itu tidur dengan pakaian yang mengghairahkan. Dia tidak mampu untuk mengawal nafsu, lantas menghampiri wanita yang sedang lena itu.
Nafsunya meluap-luap tambahan pula hasutan syaitan supaya melakukan maksiat terhadap wanita itu tidak mampu di kawal lagi. Ketika itu juga nafsunya berperang hebat.

Saat dia mahu memegang tubuh perempuan itu, sekali lagi pesanan Rasulullah s.a.w menusuk kuat dalam fikirannya.

“Tinggalkan yang haram, kamu pasti akan mendapatkan yang halal!”

                Pesanan yang menerjah itu menyebabkan dia beristighfar berulang kali. Perlahan-lahan dia keluar tanpa sempat menutup semula pintu bilik itu sebagaimana dia membukanya tadi.

                Setelah gagal memperolehi apa yang di hajati, dia kembali ke masjid tanpa disedari subuh hampir menjelang. Setelah bersolat subuh secara berjemaah, dia kemudian berbaring di serambi dan akhirnya terlena kerana terlalu mengantuk.

Apabila matahari sudah naik dan hari mulai siang, seorang perempuan bertemu dengan Rasulullah s.a.w yang ketika itu masih berada di masjid.

“Ya Rasulullah. Malam tadi rumahku telah dimasuki pencuri tetapi mujur saja tiada barang yang hilang. Saya percaya pencuri itu akan datang lagi. Saya menjadi takut dan memohon Rasulullah mendapatkan seorang pengawal untuk mengawal rumah saya,” beritahu wanita itu dengan harapan hajatnya dapat ditunaikan.

“Wahai Puan, dengan siapakah kamu tinggal?” Rasulullah s.a.w bertanya.

“Saya seorang janda dan tinggal seorang diri, Ya Rasulullah,” ujarnya.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan itu, Rasulullah memandang di sekitar masjid jika ada sesiapa yang boleh ditawarkan menjadi pengawal rumah perempuan itu. Akhirnya Rasulullah ternampak lelaki tadi yang sedang terbaring di serambi masjid.

Rasulullah s.a.w segera mengejutkan lelaki itu dan bertanya, “Hai lelaki, apakah pekerjaan kamu sehingga tertidur di sini?”

“Ya Rasulullah, saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap,”

“Adakah kamu sudah berkeluarga?”

“Saya seorang duda yang kematian isteri. Sejak itu hidup saya tidak terurus kerana sedih dengan pemergiannya, ya Rasulullah,”

“Bagaimana kalau aku tawarkan kamu pekerjaan?”

“Apakah pekerjaan itu Ya Rasulullah?”

“Menjadi pengawal rumah seorang perempuan”

“Siapakah perempuan itu Ya Rasulullah?”

“Perempuan itu seorang janda dan memerlukan pengawal kerana rumahnya di masuki pencuri. Dia bimbang pencuri itu akan masuk kerumahnya lagi,” beritahu Rasulullah sambil mengharapkan jawapan lelaki itu.
Kemudian Rasulullah memperkenalkan wanita tersebut kepada lelaki itu. Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila melihat wanita tersebut. Ya…dialah wanita yang hampir-hampir mencairkan imannya.

“Tetapi saya seorang duda dan dia seorang janda, tentulah tidak elok jika pada waktu malam saya berada di rumah itu ya Rasulullah,”lelaki itu melahirkan rasa bimbang.

“Jika begitu, bagaimana jika aku cadangkan kamu berdua bernikah supaya kamu dapat menjadi penjaga rumah itu dan menjaga perempuan ini daripada sebarang gangguan.”

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya tersipu-sipu malu. Begitu juga dengan wanita itu yang tersipu-sipu malu walaupun di dalam hati tidak menolak jika dijodohkan dengan lelaki itu.

“Apa pendapat kamu wahai lelaki?”

Oleh kerana terharu dengan permintaan Rasulullah, lelaki itu akhirnya membuka rahsia. Dia menceritakan apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu gara-gara tidak dapat menahan nafsu. Tetapi setelah di asak dengan terjahan pesanan Rasulullah dia tersedar lantas bertaubat.

Akhirnya Rasulullah menikahkan lelaki itu dengan wanita itu bersaksikan para sahabat. Sebaik sahaja dinikahkan, barulah lelaki itu mengerti apa yang terdirat disebalik pesanan Rasulullah s.a.w supaya meninggalkan yang haram dan mendapat yang halal.

Lelaki itu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah menyelamatkannya daripada hawa nafsu dan bisikan syaitan. Alhamdulillah…

Perubahan 2012..

3/1/2012...lebih kurang jam 1.00 tgh hari...saya on Fb..mcm biasa mengecek notification. kemudian sy terpandang 1 profile...saya amat terperanjat! akhirnya...dia sudah bertudung!!Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar...memang saya tak sangka..

Alhamdulillah Allah membuka pintu hatinya kembali...sangat ayu dan comel...mata saya berkaca-kaca...terharu, terkejut, dan sebenarnya saya x tahu nak cakap apa...

Allah memberi hidayah pada sesiapa saja yg Dia mahukan, juga bila2 masa yg Dia rasa sesuai. Tiada kata-kata yg mampu di lafazkan..hanya tahniah, dan Alhamdulillah....