welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Thursday, February 16, 2012

Memulakan Perniagaan Online

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim..

dah lama x update blog.. x sempat..byk mende yg berlaku...sy dah dpt kerja!!! bukan kerja dgn org, bukan mkn gaji.. keje duk kat rumah jer.. :)) saya kini bisneswumen! hehe..mcm best je dgr kan??

baru nak berjinak2 dgn bisnes online ni..satu pglmn baru yg agak best jugak walaupun masuk hari baru 3 hari je bisness sy bergerak..hihi..kira okla kan..dalm masa sebulan harap2 dekat 100 like dkt page lps tu, dekat 100 org jugak la yg order brg..amin ya rabbal alamin..Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga.

saya rasa ramai yg masih tertanya2 n ragu2 lagi untuk memulakan perniagaan online ni..terutamanya permaisuri rumah mcm saya ni. saya ada sikit tips yg saya nak kongsikan. sedikit sebanyak mungkin membantu kwn2 surirumah yg lain.

1. mula fikirkan apakah jenis perniagaan yg anda hendak buat. jika anda ada kemahiran khusus contohnya menjahit, memasak, membuat akaun maka kemahiran anda tu boleh digunakan untuk mencari wang tambahan. jika tak ada apa2 kemahiran (mcm saya) mula fikirkan apakah produk yg ingin anda tawarkan. kalau rajin wat sikit research kt intenet, produk apa yg byk dijual n produk apa yg lebih terjual. terpulang pada anda samada nak jual brg yg dah ramai org jual atau nk tawarkan produk yg jarang2 dijual.

2. modal. ini mmg masalah besar kalau nak memulakan perniagaan. permaisuri rumah mcm saya mmg penin kalau fikirkan modal. gaji suami dah la tak besar mana. fikir punya fikir saya pun pinjam dkt mak. tak byk. sy mulakan dgn RM 1k je dulu...kalau anda betul2 serius dgn bisnes ni, boleh juga buat pinjaman dgn TEKUN. saya pun berniat utk meminjam TEKUN sikit masa lg untuk tambah koleksi barang.

3. dimana nak dptkan barang? barang yg dibeli terus dr pemborong lebih murah. pastikan anda tahu dimana nak cari kedai yg menjual brg2 secara borong. tak kisahla asalkan barangnya berkualiti. sy ingatkan, jika anda hendak membeli secara borong di internet, pastikan anda telah membuat perbandingan harga dgn byk kedai dan pilihlah yg menawarkan harga paling rendah.

4. sign up akaun di facebook. kalau dh ada lg senang. semua kwn2 anda adalah prospek anda. jgn cicirkan seorang pun. kemudian create page supaya bukan kwn2 anda juga boleh like n update dgn brg2 anda.

5. laman web. bagus jika anda boleh buat laman web sendiri ataupun lebih senang menggunakan blog yg dah tersedia.

setakat ini itu je yg saya boleh kongsikan. anda mesti cuba dahulu barulah anda tahu apa yg hendak anda lakukan. selamat maju jaya!!

p/s: jom tengok blog ni Butik AnNajah . anda pun boleh dptkan barang dgn harga borong disini.. lets check it out!!!

No comments: