welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Tuesday, December 28, 2010

Selaut kasihmu..

Dua tahun telah berlalu, masihku ingat saat ,menerima panggilan dr adik ku mengatakan dia sudah tiada...bagai tak percaya kerana baru 3 hari sblm tu aku berjumpa dgnnya.. tiada kata2 yg dpt ku ucpkan sewaktu menerima perkhabaran itu..hanya innalillahiwainnailaihi rojiun....masih jelas terbyg wajah lesu itu mencium pipi mungil anak ku iaitu cucu kesygnnya buat masa itu..dia selalu berkata itu adalah cucu kesygnnya kerana waktu itu hanya ank ku itu yg plg baru dilahirkan dikalangan cucunya yg lain..anakku baru berusia 8 bulan..sudah pasti skrg si kecilku yg berusia dua thn lebih tdk dpt mengenali wajah itu..hanya gambar yg selalu ku tunjukkan pada anakku itu..

Semuanya bermula sewaktu dia ke UUM sempena konvokesyen adikku..utk ke dewan utama, mereka terpaksa menaiki bukit yg tinggi..sejak itu dia mulai sakit dada...namun sempat juga dia singgah di perak sewaktu pulang utk berjumpa sudaranya yg bertahun tdk pernh bertemu..aku sendiri pun x pernah tahu yg aku ada saudara di perakk...mungkin dia sudah tahu ajalnya kian dekat..
Pulang dari Kedah, sakitnya semakin teruk, semput, batuk2 dan susah bernafas selama dua minggu..dlm dua minggu itu, telah dua kali ke hosp temerloh namun hanya dpt buat temujanji dgn doktor shj..sedangkan dia seperti tdk mampu berthn lg..

Akhirnya, pd 2 Nov 2008 kakakku dn abg iparku membawanya ke hosp Ampang puteri di KL. Doktor bgtahu dia ada lemah jantung dan paru2 berair. kami pun agak terkejut..yg kami tahu dia hnya mmpunyai pykit kencing manis..setelah diagnosis dilakukan doktor memberitahu yg paru2nya ok, namun ada mslh buah pinggang serta kencing manis..lalu doktor menyarankan bypass surgery...kami hanya mengikut shj kerana mahukan dia segera sembuh..x sanggup melihat penderitaannya saat itu..
Dan pada 5 Nov, dia dimasukkan ke bilik bedah pd jam 10.30 pg...pmbdhn selesai pd jam 3 ptg..

Pd 8 Nov, dia dibenarkan ke wad biasa, namun oleh kerana degupan jantungnya x stabil, dia dimasukkan ke ICU semula. rawatan dialisis juga dilakukan. Kemudian pd 10 Nov doktor memberitahu mereka terpaksa melakukan pembedahan kedua krn terdapat lebihan air dlm drh i.e drh cair..sepanjang dua minggu itulah kami berulang alik ke hospital dan berumah disitu utk memngikuti perkembangannya..si kecil aku pun x meragam duduk lama2 di hospital..ramai juga ahli keluarga pesakit yg lain geram dgn sikecilku n mendukungnya..tak kira cina atau india..

Pd 15 Nov aku, si kecil, adik n anak buahku hanya tinggal dirumah kakak shj kerana tiada kenderaan utk membawa kami ke hosp menjenguknya..namun pd hari ahad sebelum itu kami sempat berjumpa dia..alhamdulillah dia sedar sedikit n boleh berckap dgn kami semua..waktu itulah dia mencium pipi anak kecilku dan berkata.."atuk x boleh jumpa ammar dah lepas ni.." kami yg mendengar hanya diam..n berharap kata-kata itu hanya berlegar dimulutnya shj..

19 Nov 2008, adikku di pejabat yg tak jauh dr rumah menelefon ku, kata-kata yg plg ku x harapkan akhirnya smpai ke telingaku jua... dia telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pd jam 3.30 ptg..segera aku menelefon suamiku yg kebetulannya berada dimelaka dan kami bertolak balik mlm itu juga ke kmpung...kakakku sebelum itu tlh dimasukkn ke wad ttp hosp yg lain kerana demam denggi..suaminya yg telah memberitahu akan perkara sedih itu kepadanya..

Pd 20 Nov, dia selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam kuala retang, kuala tembeling..sekarang aku sudah kehilangannya...seorang ayah yg amat penyayang..dia amat inginkan anak2nya menuntut ilmu setinggi yg mampu, berjaya dlm hidup n tdk hidup susah..aku masih ingat sewaktu ayah mencium pipiku di asrama kerana kami dgn tiba2 tdk dibenarkan pulang ke rumah sedangkan keluarga pelajar tlh dtg menjemput..aku yg menangis waktu itu ditenangkan oleh ayahku..segala kenangan dgn arwah ayah tercinta akan ku semadikan di dlm hatiku hingga ke akhir hayat..

Al-Fatihah utk arwah Budin bin Gendut (21.1.1938-19.11.2008)...


gambar sewaktu majlis konvo UM thn 2005...mak n ayah tersayang..

No comments: