welcome
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)
Saturday, November 12, 2011
C.I.N.T.A
Satu perkataan yang menimbulkan 1001 perasaan. Ada org bila sebut CINTA akan rasa teruja, ada yang suka dan gembira, ada yang terus rasa marah, ada yang benci dgn cinta, ada yg x mau sebut lg pasal cinta.
CINTA adalah satu perasaan yg hanya org yg pernah mengalaminya sahaja yg mengetahui...dan setiap manusia boleh dikatakan ada perasaan CINTA. Kalau anak2, CINTA pada ibu bapa n keluarga, Kalau remaja, CINTA pada kekasih hati atau pujaan hati (walaupun kdg2 cinta bertepuk sebelah tgn), kalau yg dh kawin CINTA pd suami/isteri atau anak. Yang berusia pula mungkin CINTA yg lebih mendalam pada pasangan. Namun CINTA yg sering dilupakan adalah CINTA pada si pemilik CINTA iaitu ALLAH S.W.T.
Dengan CINTA, manusia jd terawang-awangan, tidak berpijak di bumi nyata. CINTA menyebabkan yg layu jadi bersemangat, yg selekeh jd segak bergaya, yg comot jd cantik, yg free jd sibuk memanjang, yg susah pun bleh jd senang.begitu hebat penangan CINTA.
Teringat pertama kali jatuh cinta dengan suami, mmg dia saja yg difikirkan. Makan ingat dia, minum ingat dia, belajar ingat dia, main ingat dia, masak ingat dia, buat kerja sempat lg berangankan si dia, tidur mlm lglah mimpikan si dia...Yg pelik dengan Tuhan tak pula kita ingat setiap minit n saat mcm tu kan??? Jahatnya cinta.
Pernah sewaktu di lamun cinta, kwn sy pernah menegur kerana dia x percaya sy melakukan mende yg agak remeh tp kena rajin (masa tu wat kerja utk final projek di universiti) sy pun x sangka! Oleh sbb tgn bekerja tp fikiran melayang teringatkan si dia yg jauh (tak jauh mana pun Shah Alam ngn UM) benda yg mcm tu pun boleh sy buat..kalau x silap sy mencucuk tiub plastik pd polisterin (ke ape lupa dah...)mmg byk la nk kene cucuk.tau2 dh siap...haii..itulah kuasa CINTA.
Ada org dianugerahkan perasaan CINTA sejak di bangku sekolah. Menurut Dr. Tuah dlm bukunya, CINTA seperti itu lebih layak di gelar CINTA MONYET sbb waktu itu kita sebenarnya tertarik dgn penampilan seseorang bukan yg sebenar2nya CINTA. Penelitian saya, dlm ramai2 kwn2 sy yg bercinta masa zmn persekolahan dulu, brp org je yg betul2 berthn n berjaya ke jinjang pelamin. Kesimpulannya, (kalau ada budak2 sekolah yg membaca ni) jgn la buang masa anda melibatkan diri dgn CINTA. Bercintalah dengan buku pelajaran sbb itu lebih menjamin masa depan anda. Apa guna anda bercinta bagai nak rak, berdating haram bagai, kalau frust menonggeng lg haru, ambil masa pulak nak menenangkan perasaan anda. Kalau anda perempuan, lg la susah sbb perempuan ni selalu mengikut emosi. Yakinlah, kalau kamu sukakan seseorang berdoalah pada Allah supaya Allah menjodohkan kamu kelak. Dan jika Allah tak makbulkan, carilah org lain.
Sebenarnya CINTA dtg tanpa diundang. Sedar2 kita dh jatuh cinta dgn si dia. Tiba2 perasaan kita berdebar jika bertembung dgn dia, apa lg kalau si dia meluah bicara...kita pun menggelabah tak tentu pasal. Ada juga yg jenis buat2 CINTA..susah nk terangkan yg ni tp mmg wujud. Sengaja memupuk2 CINTA padahal dh tau si dia yg disukai itu milik org. Ini yg tak boleh. lps tu dgn sengaja memaksa2 hati memikirkan ttg dia...parah ni...byk lg hal lain yg boleh difikirkan.
Teringat pula saya masa zaman sekolah dulu. dalam kelas kalau cikgu nmpk anak muridnya semua layu, mata kuyu nak2 jam menghampiri tengah hari, perut pula kenyang baru lps rehat, kalau cikgu sebut je pasal CINTA atau pasal KAHWIN, mmg terang benderang bijik mata...segar bugar2 (ni tips bg cikgu utk menghilangkan rasa ngantuk dlm kelas)..pelik x ? sesungguhnya CINTA ini mmg memberikan inspirasi n memotivasikan diri seseorang.
Zaman skrg, CINTA dah tak suci lg. CINTA boleh dibeli di mana2, tepi jln, internet(ni yg byk), dan org yg meletakkan martabat CINTA di tempat yg rendah itu pula sgt ramai. Selalu pengakuan CINTA diakhiri dgn hal2 yg tidak bermoral, tindakan keji n busuk semata2 utk membuktikan rasa cintanya kpd pasangan. Saya sungguh tak faham. Tak fikirkah perkara2 negatif yg bakal terjadi. Sy percaya org yg melakukan itu sgt tahu bahawa syaitan telah berjaya menghasut mereka hingga akhirnya tunduk pd nafsu. Jika CINTA itu berlandaskan Islam, sy yakin hal2 tidak bermoral itu takkan terjadi. Yg menjadi masalahnya bila kita terlalu mengikut hawa nafsu. Sematkan dlm diri (jika anda bercinta skrg) anda hanya akan menyentuh pasangan anda itu selepas berkahwin. Dalam satu ceramah yg ahli panelnya Wardina Saffiyah, beliau mengatakan "lelaki yg pegang/sentuh tgn kamu sebelum bernikah itu sebenarnya langsung tidak sayangkan kamu. Dia sebenarnya mengHINA kamu!!" sy highlight word HINA itu....Tak malukah jika kita dihina oleh org lain? Apa lg di hina oleh Allah. Apa lg yg tinggal.??
Pada kamu yang pernah terlanjur akibat CINTA, bertaubatlah. Taubat kamu lebih mulia dr kamu terus2an melakukan dosa tanpa segan silu...Akhiri CINTA kamu yg di anggap suci itu ke gerbang penuh bahagia iaitu gerbang perkahwinan. Pupuklah CINTA kamu dan pasangan hingga ke akhir hayat. Jgn masa bercinta bertahun2, bila bernikah hanya 2 bulan...apa yg kamu belajar masa bercinta??? NOTHING kan??sbb kamu x akan kenal psgn kamu selagi kamu belum berkahwin dgn dia..
Bagi yg belum menemui CINTA, jgnlah bersedih hati krn CINTA yg paling agung adalah CINTA ILAHI. ALLAH tak akan tanya pun umur berapa kamu mula bercinta. Kerana hanya Allah lah yg akan mencampakkan rasa CINTA itu di hati kamu dan org yg akan menjadi pasangan kamu itu. Bergembiralah.
"Kecantikkan, kekacakkan, pangkat, kedudukan dan harta selalu meneggelamkan imbangan manusia tatkala membuat penilaian. Neraca timbangannya selalu dibauri oleh penglihatan terhadap aspek kebendaan dan susuk tubuh, sedang dlm perkahwinan hati budi lebih utama untuk menjamin kebahagiaan. Setelah berkahwin semuanya terserlah! Baru sedar kebodohan dulu"~ Dr. Tuah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment