Seringkali kita mendengar ayat ini, “ sabarlah, pasti ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini.” Ayat ini sering diucapkan oleh seseorg kpd seseorang yg biasanya di landa musibah. Tidak kira sama ada di timpa bencana, kemalangan, kekecewaan, kematian dan sebagainya. Ayat ini biasanya di lontarkan dengan tujuan untuk menenangkan hati org tersebut sama ada ikhlas atau tidak atau sekadar untuk menyedapkan hati, hanya si penutur sahaja yg tahu.
Sejauh mana kata-kata “ada hikmah disebalik kejadian” ini di fahami oleh penutur dan sejauh mana pula org yg di timpa kesusahan itu menerimanya?
Bagi saya sendiri, kata-kata ini mempunyai erti yang cukup besar. Bukan setakat hikmah disebalik kejadian yg malang2 atau yang buruk2, sedih2 atau kekecewaan sahaja. Semua perkara yang berlaku diatas muka bumi ini sejak dari saya kecil hingga saya besar setakat ini (berumur 29) thn sewaktu menulis, barulah “ADA HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN” ini saya faham; mungkin belum cukup dalam tp sy sudah mengerti apa yg tersurat. Rupa-rupanya segala kejadian yg telah kita alami sama ada baik atau buruk semuanya sudah di tulis di Loh Mahfuz. Seingat dlm pembacaan sy iaitu sebelum roh kita ditiup ke dalam janin dlm rahim ibu lg segala2nya telah ditetapkan oleh pemilik roh iaitu ALLAH S.W.T. Di situlah telah dituliskan bila kita di lahirkan, jodoh kita siapa, siapa ibu bapa kita, siapa pula anak2 kita, rezeki kita setakat mana, bahkan ada masa saya merasa perkara2 remeh(mungkin remeh bg saya) sebenarnya telah ditentukan oleh Allah untuk saya merasainya.
Apabila saya meneliti perkara-perkara yg berlaku ke atas diri saya sejak saya kecil hingga kini, semuanya berhubung kait. Sy tanya anda, ada tak pd masa2 tertentu kita rasa “oo, patutlah aku sekolah kat sini, rupanya aku akan terjumpa dengan dia, yg jd suamiku kini”..(itu hanya sekadar contoh..hihi). saya rasa anda boleh fhm maksud sy kan??
Apa yg berlaku dlm hidup kita telah direncanakan oleh Allah. Selalu sgt jika kecewa2 atau sedih2 kita menyalahkan Allah kenapa buat begitu, kenapa buat begini. Hikmahnya hanya Allah sahaja yg tahu. Perjalanan hidup kita sejak kecil hingga sekarang adalah milikNya. Memang dia yg berkuasa keatas kita kerana kita hambanya. Tak perlu lg nk mempersoalkan kenapa aku miskin, kenapa aku x kaya, kenapa aku tak kawin2 sedangkan kwn2 dh beranak pinak, kenapa dia curang(bg yg putus cinta), kenapa dia ceraikan aku, kenapa anak aku cacat, kenapa kawan aku tikam aku dr belakang, kenapa itu, kenapa ini. Ingatlah semua itu ada ujian Allah. Dlm jangka masa pendek atau pjg(mungkin makan masa bertahun2) baru lah kita nmpk hikmah yg Allah sembunyikan. Selebihnya jika kita di timpa musibah, kekecewaan, kesedihan, banyakkan bersabar, beristighfar, mengingati Allah, berbaik sangka, berasa senang dengan ujian Allah. InsyaAllah, di suatu masa kelak Allah akan anugerahkan kita apa yg kita mahukan dan semestinya apa yg Dia mahukan utk kita.
1 kata2 yg harus kita sematkan dlm kepala;
“KITA MERANCANG, ALLAH MENENTUKAN. SEBENARNYA ALLAH JUGA MERANCANG DAN INGATLAH PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA”
No comments:
Post a Comment