Apabila saya tersinggah ke blog2 berkenaan semalam, hati saya menjadi sangat sedih.. x tau kenapa tiba-tiba berperasaan sedemikian..Maaf kalau saya cakap pihak A n B yag bertelagah itu sebenarnya sama saja... saling memburukkan, menghina, mencari salah, mengeluarkan kata-kata kotor dan kesat untuk memuaskan hati masing-masing. Saya jadi hairan, yg menulis itu semuanya orang ada agama, berpelajaran tinggi bukan setakat tinggi empat tingkat tp bertingkat2....semuanya ada ilmu...tp bila menulis ilmu yg tinggi itu bagai berada di hujung kaki...macam org hilang pedoman pun iye juga...maaf, maaf, maaf...
Saya tau sy sangat kerdil, langsung tak ada ilmu untuk diperdebatkan, ilmu sy sgt cetek. Yang saya tahu hanya satu, saya orang Islam, saya berpegang kuat pada agama saya, saya berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah...saya ikut dan percaya kata2 ulamak Islam. Saya hanya tahu saya tidak mahu berburuk sangka dengan orang lain, saya tidak mahu mencari musuh, apa lagi musuh dalam selimut, saya tidak mahu bergaduh dengan orang, saya tidak mahu menjadi orang jahat dan orang yg di pandang jahat, saya nak elakkan bercakap buruk tentang orang lain, saya nak jaga lidah saya, saya nak jaga fikiran saya.
Kalau ada orang tanya saya (espeselly puak2 itu...kalau ada la...)macam mana nak berfikiran baik sentiasa terhadap orang, ingatlah kita dan dia menyembah Tuhan yang sama iaitu Allah..fikiran yang bermacam2 ni pun Allah yang pinjamkan...janganlah kita bersikap yg kita saja yg betul org lain semua salah...duduk berbincang elok2 kan lebih bagus...kita semua menyembah Satu Kiblat Yang Sama!!
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)
No comments:
Post a Comment