Pernahkah kamu dikhianati seseorang? Pernahkah kamu rasa marah terhadap org yg melakukan kesalahan kpd kamu? Kamu sgt marah hingga kamu berasa tak mungkin dan tak mahu untuk memaafkan dia? Legakah dgn tidak memaafkan org tersebut? memang hak anda untuk tidak memaafkan. Tp smpai bila? Tahukah kamu kesalahan yg tidak diselesaikan dengan maaf di dunia akan berlanjutan hingga ke Akhirat? Di sana orang yg bersalah terpaksa memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada kamu. Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia di lemparkan ke Neraka...
Mahukah anda menjadi penyebab seseorang ke neraka? Tidak rasa bersalahkah? Begitu besar implikasi maaf hingga ia menjadi penentu nasib seseorang yg bermasalah dengan kamu di akhirat kelak.
Renung2kan kisah yg berlaku di zaman Rasulullah dan kemudian buatlah pilihan sama ada untuk memaafkan atau sebaliknya. Pilihan di tangan anda.
Suatu hari, tatkala melihat Rasulullah s.a.w tertawa sendirian, Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya. Jawab Rasulullah, "Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, "Ya Allah, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu." Berfirman Allah S.W.T, "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!" Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, "Ya Allah, wahai Tuhanku, Sesungguhnya kebaikanku telah habis semuanya, maka tiadalah lagi yg dapat aku berikan kepada orang ini." Dijawab kembali oleh orang menuntut itu," Oleh itu, engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya,"
Tatkala ini, Rasulullah S.A.W mengalirkan air matanya. menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, "Kemudian Allah berfirman kepada orang yang menuntut itu, "Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga,"
Apabila dilihat oleh si penuntut itu syurga yg penuh di dalamnya dengan kota-kota yg berlantaikan perak, dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan perak, bertahtakan intan permata yg elok2, dia pun bertanya, " Apakah itu semua untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang syahid?" Maka di jawab oleh Allah," Itu untuk sesiapa sahaja yg sanggup membayarnya!" Si penuntut bertanya lagi, " Ya Allah, siapakah yg memiliki harta yg banyak untuk membeli syurga yg amat hebat itu?" Di jawab oleh Allah,"Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni org yg menzalimimu," Si penuntut berkata,"Kalau begitu aku sanggup mengampuni segala dosanya terhadapku!" Firman Allah," Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam syurga,"
Rasulullah kemudian bersabda lg ," Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama muslim,".
Dengan hanya satu perkataan, kamu n dia bersama2 ke syurga. Mulai hari ini, sesiapa saja yg berbuat salah denganmu sama ada sekecil kuman atau sebesar lautan, maafkanlah. Maafkan ibu, maafkan ayah, maafkan anak, maafkan suami, maafkan isteri, maafkan kawan2, maafkan saudara2, maafkan sesiapa saja....
Wallahua'lam....
No comments:
Post a Comment