welcome
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)
Sunday, November 13, 2011
KISAH KUDA DAN LELAKI GAGAH
Kisah ini berlaku di desa terpencil di negara China. Di situ terdapat sebuah keluarga yang amat miskin. Keluarga ini terdiri dari seorang pemuda bersama dua orang ibu dan bapa yg telah tua. Hidup mereka susah dan pekerjaan utama mereka hanyalah bertani. Oleh kerana terlalu miskin, mereka tiada binatang ternakan untuk dipelihara. Mereka bolehlah dikatakan orang yang amat melarat hidup di kampung tersebut.
Suatu hari,dengan tidak semena-mena masuklah sekumpulan kuda liar ke kampung berkenaan. Orang ramai menjadi kecoh dan cuba menghalau kuda2 berkenaan daripada merosakkan tanaman masing-masing. Akhirnya kuda-kuda ini masuk ke ladang pemuda berkenaan. Kebetulan ladangnya berpagar, maka sekaligus kuda-kuda itu menjadi miliknya.
Berkatalah bapa sipemuda itu, "Wah, kita sungguh beruntung pada hari ini. Kita mendapat kuda-kuda yg gagah untuk dijinakkan. Tiba-tiba sahaja kita menjadi orang kaya. Kekayaan kita sudah tentu melebihi semua org dalam kampung ini."
Namun, tiada siapa tahu perkara yang akan di bawa oleh kuda-kuda itu terhadap kehidupan mereka walaupun seluruh masyarakat desa turut mengatakan mereka telah menjadi kaya dengan sekelip mata.
Suatu hari, tatkala sedang melatih kuda-kuda untuk menjinakkannya, pemuda itu terjatuh, lalu patahlah kakinya. Akibatnya dia tidak boleh berjalan dan terpaksa bertongkat untuk kemana-mana. Bapa kepada pemuda berkenaan berasa amat kecewa sbb itulah satu-satunya anak lelaki tempat dia bergantung harap. Berkatalah dia, "Alangkah sialnya nasib kita kerana memiliki kuda-kuda itu. Sekarang aku sudah kehilangan tempat bergantung,"
Beberapa bulan kemudian, datanglah sekumpulan askar raja kekampung berkenaan. Mereka menggelidah setiap rumah untuk mencari pemuda-pemuda yg gagah untuk menjalani latihan ketenteraan dan berkhidmat kepada raja. Ini bermakna setiap yang terpilih akan terpaksa berpisah dengan keluarga masing-masing dan mungkin akan mati dalam peperangan melawan orang Moghul.
Apabila sampai kerumah lelaki tua tadi, mereka dapati ada seorang pemuda yg kelihatan perkasa namun setelah diamati, mereka dapati pemuda itu seorang yang cacat anggotanya. Kerana itu dia tdk termasuk dalam senarai pemuda-pemuda yang terpaksa berkhidmat kepada raja. Berkatalah lelaki tua itu,"Alangkah bertuahnya kita memiliki kuda-kuda itu. Kalau tidak kerana mereka, tentu engkau sudah dibawa oleh askar-askar itu menuju kematian."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment