welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Thursday, November 17, 2011

KISAH TENTANG BERBAIK SANGKA


Cuba lihat situasi ini. Dua orang sahabat baik si A dan si B sedang berbual2 setelah habis kelas pada hari itu. Sedang rancak berbual tentang kuliah, si A berkata,

si A : eh B, kau kenal tak budak baru dlm kelas kita tu. Nama dia Comel kan?? (bukan nama sebenar)
si B : aah, kenal.
si A : semalam, aku nampak dia dtg kuliah naik kereta besar! (sambil melopongkan mulut n membeliakkan biji mata)
si B : ooh, anak org kaya lah agaknya tu...
si A : lepas tu aku nampak driver dia lelaki. Bukan main mesra lagi aku tgk
si B : abang dia kot. Tak pun ayah dia...
si A : isk, tak percayalah aku...kalau abang takkan mesra sampai pegang-pegang tangan bagai
si B : mana nak tau, mungkin dia tengah bersalam dgn ayah atau abang dia tu...adik beradik kan, bukannya haram pegang tangan. lain la kalau bukan adik beradik
si A : ah, mana kau tau...kau bukannya kenal dia pun...
si B : habis, kau kenal sangat lah????

Selalu sangat situasi dia ats berlaku dlm msyrkt kita...Yg jarangnya apabila org berfikiran seperti si B...Si B lebih menjaga hatinya daripada berfikiran yg tidak2 atau bersangka yg tidak baik seperti si A.

Ini cerita tentang saya pula:

   Saya ada seorang kawan. Namanya biarlah rahsia....Masa tu sekolah menengah. Biasalah, sekolah menengah kita baru nk bergaul dgn ramai org..fikiran pun x berapa nk matang sangat. lebih kepada bersikap kebudak2an..masa tu kita baru nk mengenal hati budi org, baru nk kenal emosi diri sendiri. tp lebihnya mengikut emosi tnpa fikir baik n buruk...akal pendek....
   Masa ni juga saya jenis yg cepat terasa hati dgn org. dengan cikgu pun kdg2...( x senonoh betul kan??) saya ada ramai kwn rapat. tp yg saya ingat ttg sifat baik sangka yg sorg inilah...biarlah sy namakan dia S. Selalu juga saya ceritakan kpd dia tentang perasaan tak puas hati sy tu pada dia....tp sy sgt geram sbb dia selalu sgt menjawab dengan ungkapan2 baik sangka...lama2 sy pun dah malas nk cerita pd dia....ye la..masa tu sy harapkan kwn yg sekepala dgn saya..kalau saya x suka, mungkin dia pun tak suka juga...bukannya nk mengumpat sgt...(oopss iye ke??)
   Itu cerita lama...bila dah habis sekolah, bertahun2 tak jumpa, jumpa pun sekali sekala saja. Bila saya teringatkan tentang berbaik sangka mesti saya ingatkan dia...Bila difikir2kan kembali, macam itulah seharusnya kawan. Sebenar2nya kawan. Kawan yg baik bukanlah yg mengiyakn apa saja kata2 kita termasuk kata2 yg tak baik. kawan yg baik seharusnya menghalang kawannya dari melakukan dosa... Bayangkan kalau kawan sy td turut bersetuju dgn kata2 sy..dia mengiyakan je ckp saya...tak pasal2 kami dpt dosa kering pulak sbb mengumpat!!!
  Dari itu, sy mula belajar untuk bersangka baik dengan org...dgn sesiapa saja..memanglah adakalanya kita rasa x puas hati sbb sesuatu keadaan, tp cubalah sedaya upaya untuk berfikiran positif. seboleh mungkin! Cuma situasinya haruslah betul-betul tepat. Jangan pula bila kita nampak lelaki tak dikenali masuk dalam rumah jiran kita yg pada msa tu hanya tinggal anak daranya sorg, kita pun berbaik sangka juga. Itu sangka baik yg tak kena tempat!!

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. yg sy ambil dr halaqah.net

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.


kata-kata saya: Sangkaan yg paling buruk adalah bersangka buruk dengan Allah..

Wallahua'lam.

No comments: