welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Wednesday, November 30, 2011

Ibu Marah Saya!

Waktu kecil dulu, ibu sering marah saya. Ibu marah jika saya selalu keluar rumah. Ibu kata di luar sana bahaya.

Ibu marah lagi, kalau saya tinggal solat. Ibu kata itu orang tak punya agama.

Ibu marah juga, saya tidak puasa, atau kadang-kadang puasa yang yok, belum tengah hari dah buka periuk.

Ibu marah lagi, kalau saya tidak mengaji Quran. Kalau mengaji pun Ibu marah juga. Ibu kata kena sebut betul-betul.

Ibu marah lagi, saya keluar tanpa tudung. Rambut kembang ditiup angin. Ibu kata tak cantik.

Ibu selalu marah, saya bermain dengan kawan2 hingga lewat petang. Azan Maghrib pun dah berkumandang.

Ibu saya marah, kalau bermain dengan budak lelaki. Tak senonoh kata ibu.

Ibu marah, kalau saya pakai seluar ketat. Ibu kata tak sopan dilihat lelaki.

Ibu selalu marah, kalau saya tidak membaca, asyik menonton tv sahaja.

Ibu saya marah, bila satu hari saya minta izin untuk bekerja jauh dari ibu. Walaupun selepas keluar dari U.

Dulu, saya tak faham mengapa Ibu saya marah. Kini, Ibu tak marah lagi...

Saya jarang keluar rumah, dunia saya hanya dirumah, dengan anak dan suami. Di luar sana memang bahaya.

Saya tidak tinggal solat. sebab solat itu wajib atas orang Islam.

Saya tidak tinggal puasa, ia juga wajib ditunaikan.

Saya selalu mengaji andai ada masa terluang. Saya mengaji lancar, tidak sangkut-sangkut. Kena sebut betul2, kalau salah sebut, lain maknanya.

Saya tidak pernah tanggalkan tudung di luar rumah. Rambut itu aurat, ia wajib ditutup.

Saya tidak pernah keluar malam. Jika ada pun ditemani suami dan anak-anak, itupun hanya untuk membeli barang.

Saya tidak ada kawan lelaki. Kawan lelaki saya hanya suami saya.

Saya tidak pakai seluar ketat. Pakaian saya longgar2 sahaja. Itu pun aurat juga.

Saya kini rajin membaca. Alhamdulillah, berkat rajin membaca, saya berjaya ke universiti.

Saya tidak berjauhan dengan ibu. Jika ada pasti selalu menelefon bila sudah terasa rindu.

Terima kasih ibu, kerana memarahiku dulu...

No comments: