welcome

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENINJAU KE BLOG SAYA. INI ADALAH BLOG PERIBADI TIDAK ADA KAITAN DGN MANA-MANA PERTUBUHAN. MOHON MAAF JIKA ADA ANTARA TULISAN SAYA YG MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. KESILAPAN TERSEBUT ADALAH TIDAK DISENGAJAKAN. TEGURAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN. AKHIR KATA, TERUSKAN MEMBACA KISAH YG TERPAPAR, YG BAIK JADIKAN TAULADAN, YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. TERIMA KASIH! ('',)

Friday, November 11, 2011

NASIHAT BUAT ISTERI SOLEHAH


Ada sebuah wasiat yang paling baik di antara wasiat-wasiat yang diriwayatkan dari wanita Arab, iaitu wasiat Umamah binti Al-Harith untuk puterinya  Ummu Iyyas binti 'Auf pada malam majlis perkahwinannya. Dalam wasiatnya dia berkata;

"Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan  dirimu dari lingkungan  yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan suami, kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya,maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta.

 Nasihat pertama dan kedua: Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.

Nasihat ketiga dan keempat: Sentiasalah engkau memerhatikan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.

Nasihat kelima dan keenam: Sentiasalah engkau memerhatikan  waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah

Nasihat ketujuh dan kelapan: Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Adapun perkara terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik.

Nasihat kesembilan dan kesepuluh: Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan  dadanya dan bila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati amanahnya.

Jangan sesekali engkau bersuka cita di hadapannya bila dia sedang  bersedih dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang bergembira.


**pesanan untuk diri sendiri juga... :))

No comments: